Showing posts with label Isu Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Isu Kehidupan. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Siapakah Aku?

Bismillah..
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua kawan-kawan yang sudi membaca blog saya yang serba kekurangan ini. Siapakah aku? persoalan ini timbul bukan kerana saya ingin menceritakan kepada semua siapa diri saya. Tidak jauh sama sekali, persoalan ini saya ujarkan pada diri sendiri. Saban hari saya di landa pelbagai dugaan dalam hidup, bermacam cubaan saya terima semenjak di gelar tunangan orang. Orang kata, bila bertunang banyak dugaan..ya, saya dah merasainya. Dahsyat..ya..dahsyat, itu lah ayat yang mampu saya katakan untuk meggambarkan apa yang saya lalui, akan tetapi saya sering kali mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berfikiran positive and memandang kehadapan..memandang sesuatu yang subjective ke arah yang lebih baik dari negative.

Ape kena mengena tajuk dengan cerita saya ni? Ini adalah persoalan yang saya sendiri tanya pada diri setiap kali bila saya hadapai tamparan hebat dalam hidup dan rasa bagai susah untuk teruskan perjalanan, saya sebagai manusia..sifat manusia yang kurang sempurna itu tetap ada pada diri saya. Salah satunya sifat amarah ramai gagal untuk mengawalnya..termasuk saya, akan tetapi..sekadar mencuba dan menduga rasa marah itu dengan persoalan yang mungkin menjadi pemadam api kemarahan itu sendiri. Selain dari menyuruh diri sendiri untuk sabar, tanya soalan ini pada diri sendiri. Walaupun dalam seharian kita rasa hidup kita susah dan ape yang kita laui itu tidak mudah untuk di lupakan malah untuk maafkan. Fikirlah, saban hari setiap manusia yang berada di muka bumi ini menghadapai dugaan yang lagi perih dan lagi dahsyat tamparannya terhadap kehidupan mereka.

Jadi..adakah kita masih lagi di panggil kurang bernasib baik/malang dalam lalui kehidupan? tepuk dada tanyalah diri sendiri. Siapa aku, hanya Allah sahaja yang tahu, buarpun ramai yang seringkali membuat rumusan mereka sendiri tentang siapa diri kita..biarkanlah mereka, yang penting Allah tahu kita siapa. Seandinya perkara yang di nyatakan terhadap kamu itu tidak betul biarkanlah, Allah tahu siapa kita. Kenapa persoalan ini harus saya tanyakan pada diri saya sendiri? sebabnya, seringkali..bila terjadi sesuatu, kita lupa kita di duga oleh Allah s.w.t. Diri kita adalah Hak Milik Kekal DIA. Hanya DIA yang berkuasa keatas diri kita, seandainya dugaan itu melanda, tanyalah diri kita siapa aku? Jadi untuk itu, tidak kira apa pun yang terjadi dalam hidup kita..relakan sahaja ia terjadi, maafkanlah segala yang telah berlaku, lupakan persengketaan dengan menitipkan kata – kata sabar.

Bukalah minda ke arah yang lebih positive! InsyaAllah, hati kamu akan lebih tenang, ada quota Islam yang saya terbaca baru-baru ini..”Hadapailah segalanya dengan senyuman.” maksudnya, hadapilah segala rintangan dan dugaan darinya dengan hati yang lebih terbuka..serta menerima Qada & Qadar Illahi terhadap dugaan Nya. Kerana Hanya DIA yang lebi mengetahui apa sahaja kesedihan dan kepayahan yang melanda diri kita, ada kemanisannya di setiap penghujung cubaan Nya.

p/s: life is sweeter if you forgive, life is better when you forget, life is peaceful ones you move on, at the end of every journey. there is a happy path for your future.. InsyaAllah, just remember that. ^_^

Sunday, March 18, 2012

Akad Nikah.

Assalamu’alaikum~alu kawan-kawan, ^^ hari ni sedang saya berjalan-jalan surfing.. singgaperkahwinan dan adat resam serta pertunangan. alhamdulillah ada banyak ilmu yang sudah saya dapat. :D suka lol~ but then ternampak pulak comment2 di bawah post di blog tersebut. :O mengejutkan jugak lah moden sangat orang zaman ni~ bukan nak perlih blog yang berkaitan dgn, tapi terlalu taksub dengan suatu budaya sampaikan budaya nya nak di ikutkan.. salah betul ayatnya skit je, comment tu berbunyi begini :

“Wow! sy suka topik ni even tlmbt.
yalah tu smua kan adat semata bkn wajib pun di sisi Islam.
tp ada sorg kwn sy ckp, klau tunang dia nak ikut style korean buat mjlis di hotel tukar cincin je takyah hantaran sgala. klau kawin dia nak ikut style gereja org putih tp bkn btul2 la cuma konsep dia mcm tok kadi nikahkan psngan tu di hdpn wali, saksi2, dan org rmai dan smbknnya berdosa klau tak buat lgpun alang2 meniru biar smpai meniru pula adat org lain kan. yalah stinya ada la perkataan 'yes, i do' tu. slsai nikah je dorng trus btolak gi honey moon, takyah la sgala prsmbhn silat n karaoke tu, tak heran pun.
klau fkirkn balik, okey je pun cdgn dia tu. sbb adat tok moyang yg kta bt skrg ni pun ditiru dr agama Hindu dunia smakin maju, apa kelas tradisi lama. org Arab kawin pun mcm gaya mat salleh bkn mcm adat kita, so apa slhnya kan.
mgkn mr.dot..dot.dot bole ulas ttg hal ni pula (request)”

Sedihnya tak ramai tahu kenapa adat Akad dan nikah itu di adakan and apa maskud yang sebenarnya. Majlis akad nikah di adakan menurut sumber bacaan saya, simple sahaja semuanya di hujung jari, yang penting tak lari dari apa yang kita belajar terdahulu di maktab mahupun sewaktu di sekolah :).

“Nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.”

Jelas menunjukan disini maksud saya bahawa, saya membida perkatan “Yes, I Do” atau dalam bahasa melayu “Ya, Saya Setuju” tanpa menyebut syarat “Aku terima nikahnya [nama pengantin perempuan] dengan mas kahwin [sebutan mas kahwin] tunai”. Boleh di lihat disini? cuba fikirkan sejenak, bagaimana perkatan “Akad Nikah” atau “Ijab Qabul” akan terjadi tanpa sefahaman pasti antara yang menjadi wali dengan pengantin lelaki? maka saya rasa tok kadi pun tidak akan setuju untuk buat akad nikah yang sesimple begitu. Harus mengikut peraturan, dan bukan boleh sesuka hati mengubah Hukum yang telah tertulis dan di tetapkan oleh Allah s.w.t. :)

sumber enche google

Apa pun, nasihat saya buat yang ingin berkahwin dan bakal berkahwin, rajin-rajin kanlah diri anda untuk melakukan sedikit usaha dengan mencari ilmu walau pun sekadar search di internet atau bertanya pada yang lebih berpengatahuan tentang ini. Tidak salah untuk kita utamakan yang Wajib dari mengikut sangat adat-adat yang di buat dari tidak terlalu EXtravaganza jadi ke terlalu melebihi dari had yang di tetapkan~ iaitu ketegory MEMBAZIR. :) Bukan susah pun nak search ni..tanyalah enche google, pasti jawapan anda akan terjawap. ekeke.. ^^ Cuma saya tak faham lah.. pelik pun ya, kenapalah nak lakukan sesuatu lain dari lain. Sedangkan kita hidup di dunia ini sementara, apa yang lain dari lain nya apa sahaja kenangan yang di adakan kelak semuanya hancur.. Apa yang tingal dalam diri adalah apa yang kamu tegakkan selama ini. Agama Kamu :)

P.s: Sekadar berkongsi, Jangan ada yang terasa yah~ kongsi itu cara saya berkasih sayang dengan saudara se’Islam saya. Beringat untuk kebaikan bersama, berubah untuk kejalan yang di redhai Allah s.w.t~ amin.. ^^

sumber rujukan;-
Perkahwinan Menurut Islam.
Rukun Nikah.
Adat vs Agama.

Friday, November 4, 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

P.s: this post is not mine. Just sharing what I think is good for all to read =) salam ukwah – writer.

Sunday, October 30, 2011

About Breakup’s

Writer: this is a copy paste story, ^^,v so this is not mine, but have something to do with me. (meant something in my life)

Boy: I broke up with her.
His Best Friend: What happened?
Boy: She’s just too much for me.
His Best Friend: What makes you say that? What did she do wrong?
Boy: Well,...for one.. She only cared about her appearance. Always had to look good, always took forever to get dressed! So insecure..
His Best Friend: So, you broke her heart because she wanted to keep your eyes
locked on her? She wanted you to see that you have the prettiest girl
under your sleeve and not think otherwise? I see..
Boy: Oh.. Well.. She’d often call me or text me asking where I am, who I’m with, telling me not to smoke, not to drink. She’s so clingy!
His Best Friend: So, you broke her heart because she cares about your well being? Because she cares about you a lot? And her greatest fear is losing you. I see..
Boy: But..Uhh.. Well, she’d always cry when I say something slightly mean. She can’t handle anything. She’s a crybaby!
His Best Friend: So, you broke her heart because she has feelings? And because she just wanted to hear you say you love her? I see..
Boy: I.. Well! You know, she’d get jealous easily. I could barely talk to other girls! She’s so annoying! I had to hide it from her.
His Best Friend: So, you broke her heart because she just wanted you to commit to her? She thought you were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even more? She just wanted the guy she loves the most to love only her. I
see..
Boy: Well, she..
His Best Friend:You broke up with her
because she’s good for you? She just wanted the best for you? She’s
broken now because you were selfish. Are you proud?
Boy: I broke her heart.. Because I couldn’t see what was happening.. What happened to me?
His Best Friend: You lost the girl that loved you like no one else could. You see? You didn’t want her when all she ever wanted was you. THAT’S
what happened..

P.s: ^^, I couldn’t agree more to “his best friend” words.

Sunday, October 16, 2011

Persepsi PELUANG.

 

persepsi kehidupanAssalamu’alaikum w.b.t dan salam se-jahtera, wazzap readers! aite! hari ni saya ingin bercerita tentang persepsi PELUANG dalam masyarakat kita yang kini kian pesat membangun ini. Ya! persepsi kehidupan, kenapa ya..? hrum..sedar tidak sedar dalam diam kesibukan dalam melakukan apa sahaja.. kita lupa untuk berhenti berfikir dan memandang suatu perkara itu sebelum kita sendiri menyebutnya. Sedar atau tidak, kita akan sebut perihal “peluang” dalam apa jua bentuk sekalipun, tak kira dari dalam hari seharian, bersama keluarga ataupun semasa bercinta. Perasan tak? O.O! apa? tak perasan? meh saya refresh memori awak.. dialog dia bunyi begini. “awak, tolong beri saya satu peluang lagi.. please.. maafkan saya” dapat tak maksud saya? O.O? tak paham lagi? macam ni lah, dalan hidup kita sebagai manusia selalu ada perkataan peluang. Contoh senang ‘mencari peluang pekerjaan’. hehe.. got the drift? good! okie sekarang ni saya dah dapat perhatian dari awak dan awak sedang berfikir..

Thursday, October 13, 2011

Pukau.

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera, sudah terang lagi bersuluh topic journal entry saya kali ini. Kawan-kawan, baru-baru ini kes pukau terjadi di kalan keluarga saya sendiri. Perkara ini terjadi pada abang saya yang sulong. Kehilangan dia memberi kami syak pelbagai andaian. Kisahnya.. Pada malam sabtu ebih kurang dalam 2.30 pagi bertarikh 01/10/2011 abang saya bertolak ke Port Dickson kerana dia berkerja di salah sebua chalet di sana. Dia pada awalnya akan mula berkerja semula pada hari isnin 03/10/2011, tetapi ayah saya  dapat pangilan talifon dari majikan dia menyatakan dia tidak hadir bekerja seperti selalu. Laporan di buat pada 04/10/2011 setelah di sahkan hilang lebih 48jam.

Wednesday, January 12, 2011

Thesis by Dr. Stephen Carr Leon

WARNING: If you don't like to read this long information that is full of knowledge, Your are free to read other article other then this.  Thank you...
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Saturday, January 8, 2011

Attentions Malaysian Drivers.

There is danger even when while you were driving. Accidents are the top priority for your own safety and life, but this is different..want to know why? this thing happens to someone else but I was eventually there to see it. There is a new way for snatch thief on a motorcycle currently it's still not a media attention just yet.. but I'm writing this to warn all of you driver to be careful with you personal item such as you laptop. Usually I know some of Malaysian drivers put their laptop on the back seat or the front seat. This goes to especially the Woman drivers, I know that some of you put your handbags on the front seat besides you if and when you are driving alone.

SAMPLE IMAGES
I'm happen to be there on the incident..I was out with my friend and we just stop at a traffic light and thing just happen so quickly I didn't realize it until my friend said that woman was rob in her own car.. I turn back and look at poor woman car, the front seat window is shattered with that snatch thief motorcycle throttle which have been modified. "Just with ONE knock by that guy throttle the front seat window of that Mercedes  Benz shattered" as told by my friend who watch the whole incident happen in a blink of an eye. I saw that poor woman is in shock when she just realize that her car window is smashed and her handbag is gone..only she left with is her phone which she put on her lap, which I knew because I saw her picking it up and call someone. I look at her as she look at me and my friend, still in a startled and her face was like asking for help.

Tuesday, January 4, 2011

Iktibar Dari Kejauhan.

Assalmu'alaikum wbt.. dan Hello.. trima kasih kerana sudi menanti dan menunggu cerita sambungan tentang Zulaikha. Perlu sy ingatkan lagi sekali bahawa cerita ini adalah adaptasi dari kisah yang benar dan ia benar-benar terjadi, yang sy ubah hanyalah nama serta jalan ceritanya. -Penulis

Zulaikha termenung - Gambar hiasan
Pada mulanya segalanya berjalan lancar, tidak ada masalah yang timbul dan perkara-perkara yang tidak di ingini. Selama 4 bulan bercinta segalanya indah akan satu hari ini, mereka berdua telah tersalah langkah., membuatkan perkara itu tidak boleh di elakan kerana apa yang berlaku semua berada di luar jangkan mereka sendiri, apakan daya..nasi sudah menjadi bubur. Mula-mula perkara itu menyeronokkan, bebas kemana sahaja. Ibu ayah Zulaikha berada berjauhan di kampung, di Penang. Jadi hanya diri sendiri tinggal bersama kawan-kawan serumah. Tidak di marahi untuk berbat apa-apa..keluar pagi balik tengah pagi, berkesimpung dengan dunia, khayal di bawa arus nafsu..leka dengan hasutan demi hasutan yang di bisikikan. Asap rokok berkepul-kepul, syaitan bertepuk-tepuk tangan berjaya melekakan Adam dan Hawa sekian kalinya..jin seronok berpesta memakan asap-asap yang di hembus oleh 2 insan ini. Nyata image baik seorang gadis dari jauh bertuka menjadi liar dan tidak terkawal, jasad bergerak di tengah malam, jiwa menurutkan shaja, hati khayal dalam membuat keputusan, celaan demi celaan terjadi, menikam badan yang hanya mengikut kehendak pilihan si empunya pemikiran. Sekian lama masa itu berlalu, semakin meningkat usia, Zulaikha semakin kurang aktiviti dulunya yang suka di lakukan bersama Azim. Dia makin matang dalam dugaan yang menimpa dia, Apa yang di pelajarainya entah kemana, zaman kehancuran hidup pada dirinya kerana menghabiskan usaha ibu ayah dia yang bertungkus-lumus mendapatkan wang pembelanjaan dia setiap bulan. Dia mula sedar, dia mula sesali..segala pembaziran masa, wang, apa yang dapat dia pelajari andai mereka tahu dia mempersiakan masa hidup mereka macam itu sahaja. Ah..alangkah ruginya terasa.

Monday, January 3, 2011

Iktibar Dari Kejauhan.

Assalamu'alaikum wbt..dan Hello.. Hari ini sy ingin berkongsi cerita kisah Insan. Insan ini tidak kira siapa, di mana bagaimana, ia semua bermula saat berada berjauhan dari keluarga, saat kita sendirian di luar, kemana sahaja kita berada..bermacam perkara boleh menduga kita. Tidak kira apa sahaja yang mendatang. Soalnya, kuat atau tidak kita menghadapainya. Cerita pendek ini adalah kisah yang benar cuma sy sudah ubah suai nama dan jalan cerita,..tetapi teladannya adalah perkara yang sama. Marilah kita jadikan kisah ini..sebagai iktibar dan teladan untuk beringat di masa akan datang..InsyaAllah. -Penulis.

Seharian dia termenung sejak perpisahan yang dia rasakan tidak patut jadi, tapi dia masih harus meneruskan perjalanan hidup, tidak ada yang harus terhenti hanya kerana dia tinggalkan kekasihnya atas satu perkara yang dia sendiri membuat keputusan untuk menghentikannya dari terus bekesimpung dalam dosa dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...