(Part one)
“Awak, dah la tu jangan lah merajuk.. asyik nak merajuk je. penat lah saya nak pujuk awak tu., kalau saya merajuk kang siapa nak pujuk.. saya gak kena pujuk diri sendiri” Kata Irfan pada Anis, si gadis kecil molek yang menjadi idaman hatinya semenjak masuk belajar di kolej lagi. Anis diam membisu di sebalik perbualan mereka skype, mulanya yang tadi riang gembira berbual tiba-tiba sahaja mood Anis berubah bila Irfan memberi tahu bahawa dia tidak dapat datang bertemu Anis di Kuala Lumpur. Sekali lagi tertanguh perjanjian Irfan untuk berjumpa Anis, hampir setahun merancang namun segalanya gagal. Ibarat takdir tidak menyebelahi mereka, bagai berkata tiada jodoh untuk bertemu lagi.
”Irfan, saya rasa macam nak putus asa dari kita cuba lagi.. saya sayangkan awak Irfan, dan saya tak mampu nak senyum sendirian, saat gembira tp awak tak ada dengan saya.. saya..saya.. sedih la awak...” muncung bibir anis menjuih manja ketika merajuk manja dengan kekasihnya. Tersenyum lega Irfan mendegar Anis mula bercakap semula dengan nada yang manja, ‘sabarlah sayang, Irfan pasti kita ketemu..tapi kali ni Irfan akan buat Anis lagii gembira’ terdetik kata-kata ini di hati Irfan.
