Monday, January 3, 2011

Iktibar Dari Kejauhan.

Assalamu'alaikum wbt..dan Hello.. Hari ini sy ingin berkongsi cerita kisah Insan. Insan ini tidak kira siapa, di mana bagaimana, ia semua bermula saat berada berjauhan dari keluarga, saat kita sendirian di luar, kemana sahaja kita berada..bermacam perkara boleh menduga kita. Tidak kira apa sahaja yang mendatang. Soalnya, kuat atau tidak kita menghadapainya. Cerita pendek ini adalah kisah yang benar cuma sy sudah ubah suai nama dan jalan cerita,..tetapi teladannya adalah perkara yang sama. Marilah kita jadikan kisah ini..sebagai iktibar dan teladan untuk beringat di masa akan datang..InsyaAllah. -Penulis.

Seharian dia termenung sejak perpisahan yang dia rasakan tidak patut jadi, tapi dia masih harus meneruskan perjalanan hidup, tidak ada yang harus terhenti hanya kerana dia tinggalkan kekasihnya atas satu perkara yang dia sendiri membuat keputusan untuk menghentikannya dari terus bekesimpung dalam dosa dunia.
"astargfirullahhalazim.." Zulaikha mengucap panjang, berkali-kali di ulang sampaikan tak sedar diri akan asyik teringat perkara mungkar yang membelengunya. Dia sangat bersyukur pada Illahi akan apa yang di tunjuk oleh NYA merupakan hadiah yang amat bermakna bagi insan spertinya, walaupun persis dirinya menyatakan yang dia tidak layak untuk segala kebaikan yang di terima dari Illahi..hatta sejahat-jahat manusia itu, masih ada ruang cahaya dalam kegelapan, cuma nilai untuk kita menghargai dan menerima segala tuntutan itu ke arah jalan yang benar.
"Aku tertekan dengan keadaan sekarang ni, macam-macam yang dia tuduh aku, walhal perkara tu tak benar!" Zulaikha memulakan luahan perasaannya pada sahabatnya. Nor hanya mampu berdiam diri, mendegarkan segalah keluhan dan kesediahn yang di alami sahabatnya itu. Menganguk, dan berkata sepatah dua, mengiyakan segalanya, dan memberi pandangan yang tidak keterlaluan panjangnya..cukup sekadar sedikit..kerana sudah cukup Zulaikha menahan dugaan dengan apa yang di alaminya sekian kini, tidak perlulah bebelan panjang., cukup Nor menjadi pendengar untuk Zulaikha.

Semua bermula semenjak 3 tahun yang lalu..sewaktu Zulaikha datang ke ibu kota untuk belajar di sebuah Instusi negara. Dia pelajar bahagaian arts, pada mulanya segalanya berjalan dengan lancar dan dari situlah kenalnya Zulaikha dengan Azim. Azim pada waktu itu berumur 18 tahun dan Zulaikha berumur 20 tahun. 2 tahun perbezan walaupun Azim lebih muda, Zulaikha tidak pernah kisah akan had umur atau apa sahaja, yang penting pada dia, cinta tidak kenal akan rupa dan umur.

kisah ini akan bersambung pada update yang seterusnya..
permulaan atau pengakhiran cerita ini? nantikan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...