Tuesday, January 4, 2011

Iktibar Dari Kejauhan.

Assalmu'alaikum wbt.. dan Hello.. trima kasih kerana sudi menanti dan menunggu cerita sambungan tentang Zulaikha. Perlu sy ingatkan lagi sekali bahawa cerita ini adalah adaptasi dari kisah yang benar dan ia benar-benar terjadi, yang sy ubah hanyalah nama serta jalan ceritanya. -Penulis

Zulaikha termenung - Gambar hiasan
Pada mulanya segalanya berjalan lancar, tidak ada masalah yang timbul dan perkara-perkara yang tidak di ingini. Selama 4 bulan bercinta segalanya indah akan satu hari ini, mereka berdua telah tersalah langkah., membuatkan perkara itu tidak boleh di elakan kerana apa yang berlaku semua berada di luar jangkan mereka sendiri, apakan daya..nasi sudah menjadi bubur. Mula-mula perkara itu menyeronokkan, bebas kemana sahaja. Ibu ayah Zulaikha berada berjauhan di kampung, di Penang. Jadi hanya diri sendiri tinggal bersama kawan-kawan serumah. Tidak di marahi untuk berbat apa-apa..keluar pagi balik tengah pagi, berkesimpung dengan dunia, khayal di bawa arus nafsu..leka dengan hasutan demi hasutan yang di bisikikan. Asap rokok berkepul-kepul, syaitan bertepuk-tepuk tangan berjaya melekakan Adam dan Hawa sekian kalinya..jin seronok berpesta memakan asap-asap yang di hembus oleh 2 insan ini. Nyata image baik seorang gadis dari jauh bertuka menjadi liar dan tidak terkawal, jasad bergerak di tengah malam, jiwa menurutkan shaja, hati khayal dalam membuat keputusan, celaan demi celaan terjadi, menikam badan yang hanya mengikut kehendak pilihan si empunya pemikiran. Sekian lama masa itu berlalu, semakin meningkat usia, Zulaikha semakin kurang aktiviti dulunya yang suka di lakukan bersama Azim. Dia makin matang dalam dugaan yang menimpa dia, Apa yang di pelajarainya entah kemana, zaman kehancuran hidup pada dirinya kerana menghabiskan usaha ibu ayah dia yang bertungkus-lumus mendapatkan wang pembelanjaan dia setiap bulan. Dia mula sedar, dia mula sesali..segala pembaziran masa, wang, apa yang dapat dia pelajari andai mereka tahu dia mempersiakan masa hidup mereka macam itu sahaja. Ah..alangkah ruginya terasa.

"Aku nak berubah Nor, aku nak hentikan segala perkara yang tak berfaedah yang kami lakukan dulu! tapi dia tuduh aku dengan tuduhan palsu! Dia kata aku ada lelaki lain sedangkan selama ini aku hanya bersama dia!" Air mata Zulaikha mula membasahi pipinya  yang cantik dan mulus itu. Tiada kata yang  mampu terkeluar dari bibir sahabtnya itu. Zulaikha mengetap bibir dan seperti ingin berkata-kata lagi.
"Azim mendesak aku, aku sudah tak mahu keluar selalu..aku mahu bubar..tapi bila aku buat keputusan macam itu dia terus mendesak aku! Dia tak mahu menghormati keputusan aku Nor.. aku kecewa dengan dia..jadi kerana itu aku tingalkan dia!" semakin kuat esakan dan rintihan Zulaikha. Nor hanya mampu memujuk Zulaikha supaya kembali tenang, dan mendengar kan sahaja keluhan dan sesakan yang penuh dalam jiwanya.. moga ia berkurangan dan kembali tenang, hanya harapan dan doa sahaja yg Nor boleh berikan dari  dalam hati. Sungguh kasihankan insan yang bernama Zulaikha.. Moga ada jalan yang terang buat mu Zulaikha, barsabarlah Allah itu Maha mendengar segala-galanya, kerna DIA empunya semesta alam. Segala perkara, baik buruknya sesuatu itu adalah atas kehendaknya., cuma ada kalanya manusia sering tersalah pilihan jalan yang di ambil.

"bersyukur lah Zulaikha, kau di beri peluang untuk ke jalan yang benar, DIA mahu kau berubah..maka di bukakan pintu hati kau, menunjukan jalan sebelum kau tersesat lebih menyesatkan, bersyukur karana kau sudah mahu memilih jalan yang benar..jagan kau sesali, tapi teruskan lah berdoa..kerana DIA lebih mengenali kau dari aku.." pujuk Nor. Semakin terhenti tangis Zulaikha., mahu pun begitu dalam hati dia, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa dia ingin menjerit supaya hilang rasa yang menyesakkan di hatinya itu.
"Aku besyukur Nor..tapi aku tak tenang..hati aku di siat-siat oleh kata-kata dia dalam message pagi ni..sampai hati dia menuduh aku sehina itu! Dia tak boleh nak terima aku berubah, aku nk berubah menjadi insan yang berguna..sampai bila aku harus terus menerus lemas dalam dosa.. aku rasa di anaya oleh dia., mula-mula memang lah seronok, tapi sudah tiba masa itu semua aku hentikan, aku harus lebih serius, aku sedar salah aku, tapi dia hati hitam! hanya tahu memaksa aku! kerana dia tak mahu terima perubahan aku dan aku nasihat dia untuk kebaikan bersama dia tak mahu!" Ayat terakhir Zulaikha kedengaran seperti terjerit kecil, dia berduka lara.
"Sudah la Zulaikha.. Doa sahaja dalam hati, agar dia terbuka pintu hati dan nampak kebenaran dan sedar salah dia.." Kata Nor dengan lemah lembut. Mendengar Nor berkatar sebegitu, Zulaikha mengesat air mata, dan meminta diri balik ke rumah sewanya yang berada di hujung jalan 5 buah rumah jaraknya.
"Nor.., terima kasih, aku bersyukur punya kawan seperti kau.. aku nak balik, aku mahu mencari ketenangan..mencari jawapan segala persoalan demi soalan yang masih belum terjawap.. Aku pergi dulu.." kata Zulaikha lantas berlalu pergi hilang dalam kegelapan, di balik kesejukan malam itu.

Zulaikha hanya mampu berdoa - Gambar hiasan
Sepulang ke rumah hanya satu yang berada di dalam kotak fikiran Zulaikha, menghadap yang ESA. Sesudah siap solat, dia berdoa pada NYA, esakan kecil di ikuti air mata hangat mengalir dengan rancak..saat Zulaikha mengakhiri doanya. Buat sekalian kali, jiwanya tenang bak langit biru yang cerah tidak di landa ribut dan kilat sambar menyambar. Kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada gunanya, biarlah ia berlalu walaupun jalan yang di ambil sudah berlalu. Zulaikha akui dan berserah pada Ilahi, sudah di temui apa yang dikehendaki, jawapan yang di cari. Zulaikha amat bersyukur, akan ketahui kesudahan hanya DIA yang menemani Zulaikha pada saat ini. Harapnya dia akan terus menerus bersabar, dan jadi insan yang tabah saat langit di landa hujan ribut petir. Kerana semuanya adalah keatas kehendak dan kamahuan NYA. Zulaika hanya mampu diam dari kata-kata, hanya hatinya membisik perlahan dan penuh syahdu pada Ilahi.
"terima kasih ya Allah, kerana menunjukan aku kebenaran dan memberi ku peluang untuk segala-galanya, aku bagai mati hidup semula, kerana MU ya Allah..."-tamat-

Moga Zulaikha menjumpai insan yang mampu untuk membimbing dia dunia & akhirat, agar miliki seorang lelaki yang bertangungjawap dan menerima dirinya yang sekarang seadanya. amin..-Penulis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...