(Part one)
“Awak, dah la tu jangan lah merajuk.. asyik nak merajuk je. penat lah saya nak pujuk awak tu., kalau saya merajuk kang siapa nak pujuk.. saya gak kena pujuk diri sendiri” Kata Irfan pada Anis, si gadis kecil molek yang menjadi idaman hatinya semenjak masuk belajar di kolej lagi. Anis diam membisu di sebalik perbualan mereka skype, mulanya yang tadi riang gembira berbual tiba-tiba sahaja mood Anis berubah bila Irfan memberi tahu bahawa dia tidak dapat datang bertemu Anis di Kuala Lumpur. Sekali lagi tertanguh perjanjian Irfan untuk berjumpa Anis, hampir setahun merancang namun segalanya gagal. Ibarat takdir tidak menyebelahi mereka, bagai berkata tiada jodoh untuk bertemu lagi.
”Irfan, saya rasa macam nak putus asa dari kita cuba lagi.. saya sayangkan awak Irfan, dan saya tak mampu nak senyum sendirian, saat gembira tp awak tak ada dengan saya.. saya..saya.. sedih la awak...” muncung bibir anis menjuih manja ketika merajuk manja dengan kekasihnya. Tersenyum lega Irfan mendegar Anis mula bercakap semula dengan nada yang manja, ‘sabarlah sayang, Irfan pasti kita ketemu..tapi kali ni Irfan akan buat Anis lagii gembira’ terdetik kata-kata ini di hati Irfan.
"relakan saja sayang, saya rasa bukan setiap masa kita mampu untuk ikut kan keadaan, perkara terjadi pun ada bersebab..kita relakan sahaja ya sayang?” pujuk Irfan. Anis senyum meleret sambil membals pangilan `sayang’ Irfan dengan `abang’.
Tiga tahun sudah dua hati ini bersama lalui pahit manis dalam percintan yang berjarak jauh, dalam masa itu juga tidak pernah salah sorang dari mereka pintakan untuk berjumpa, atas alasan agar tiada yang bersedih hati bila perancangan yang rapi tidak menjadi.
“sungguh Anis, abang tak tipu..tak lama lagi abang tamat contract bekerja di Australia abang balik masuk meminang sayang.. sayang percayakan abang bukan?”
Anis membaca email terakhir yang di terima dari Irfan, sudah 5 bulan Irfan hilang tanpa berita, hanya email terakhir menyampaikan janji dan angan untuk memiliki dirinya. Walaupun Anis sudah membalas email Irfan sebaik menerima email terakhir itu. Kemana hilangnya Irfan, Anis sendiri belum pasti, apa yang dia tahu dalam masa yang sama itu juga skype Irfan tak pernah kelihatan online. Anis hanya mampu meletakan kepercayan tinggi pada Irfan, tetapi lumrah manusia, dalam percaya pasti ada ragu. Anis mula meghantar email berbaur runsing akan perhubungan mereka, hati nya sudah tidak sedap duduk dan berfikir tentang kemana hilangnya Irfan.
Setelah lama menghilang hampir 9 bulan pertanyaan demi pertanyaan, persoalan demi persoalan, akhirnya terjawap pabila Irfan membalas email Ainis. Anis yang setia menati dirinya, yang merunsingkan akan kehilangan Irfan. Tidak berdaya lagi bagi Anis untuk meneruskan membaca email dari Irfan.
(bersambung. . .)
No comments:
Post a Comment