Assalamu’alaikum w.b.t dan salam se-jahtera, wazzap readers! aite! hari ni saya ingin bercerita tentang persepsi PELUANG dalam masyarakat kita yang kini kian pesat membangun ini. Ya! persepsi kehidupan, kenapa ya..? hrum..sedar tidak sedar dalam diam kesibukan dalam melakukan apa sahaja.. kita lupa untuk berhenti berfikir dan memandang suatu perkara itu sebelum kita sendiri menyebutnya. Sedar atau tidak, kita akan sebut perihal “peluang” dalam apa jua bentuk sekalipun, tak kira dari dalam hari seharian, bersama keluarga ataupun semasa bercinta. Perasan tak? O.O! apa? tak perasan? meh saya refresh memori awak.. dialog dia bunyi begini. “awak, tolong beri saya satu peluang lagi.. please.. maafkan saya” dapat tak maksud saya? O.O? tak paham lagi? macam ni lah, dalan hidup kita sebagai manusia selalu ada perkataan peluang. Contoh senang ‘mencari peluang pekerjaan’. hehe.. got the drift? good! okie sekarang ni saya dah dapat perhatian dari awak dan awak sedang berfikir..
Saya membuat update tentang ini kerana atas apa yang saya lihat dalam kehidupan seharian yang saya sendiri lalui dan juga apa yang orang lain lalui. hehe ni kan entry journal saya, ^^,v pada pendapat sayalah.. secara jujur..saya seringkali bertanyakan tentang perkara ini pada diri saya sendiri. Kenapa? sebab bagi saya yang masih mentah dalam dunia dewasa ni, segalanya menjadi guru buat saya.. Ilmu yang kita mampu peroleh dari alam. Alam kan luas? betul tak? hehe.. back to the main story. Saya sentiasa tanya pada diri saya dan kawan-kawan tentang ini. Satu pertanyaan tapi masih timbul beribu persoalan, baiklah~ saya tanya pada awak, haruskah ada perkatan peluang dalam kehidupan seharian kita.. contoh dekat dalam “percintaan”. Haa~ apa yang awak fikirkan? okie lah if awak jawap ‘ya’ maka saya ingin menjawap “tidak” kerana apa? cuba awak fikirkan.. dari segi keAgaman. Allah s.w.t bagi kita peluang atau tidak? tu memang ya.. tetapi.. harus ingat..peluang yang di beri Allah s.w.t tidak pernah bagi sekali atau hadnya 3 kali..dan di tuntutnya nyawa kita..Tidak sama sekali! (saya pun suka pakai perkataan had 3 kali dalam bercinta dahulu kala.) Saya sendiri baru sedar akan hakikat ni… pada saya dalam kata lain seperti dalam pekerjaan peluang ini akan ada had, contoh 3 kali warning masih buat salah akan di berhentikan kerja~ betul tak?
Ya..memang betul tetapi tidak sewaktu dalam kehidupan seharian kita.. office lain, kehidupan kita di dunia kita adalah lain sama sekali. Dunia kita maksud saya dalam pemikiran masing-masing..hehe..masih tak agree dengan pandangan saya? tak mengapa, saya bukan nak awak sokong saya, cuma berkongsi acap kali apa yang saya rasa bagus untuk di kongsi dan di fikirkan bersama. Baiklah, seharusnya dalam percintaan tidak akan pernah ADA kata-kata peluang ini, kerana pada saya peluang ini hanya jalan pendek untuk sesorang itu melepaskan diri dari sesuatu, atau lebih senang jalan untuk lari dari rasa serba salah yang ada dalam diri kita sendiri dengan menyalahkan orang lain kita akan rasa hebat, rasa hebat datangnya dari ego, suatu yang susah nak di sangkal dari sesorang atau di ubah dan susah di bentuk kecuali empunya badan inginkan sifat buruk itu di ubah. Cuba fikir apa yang saya sedang fikirkan.. saat waktu kita rukuk serta bersujud pada Yang Maha ESA, di mana EGO kita pegi? TIADA ego sewaktu kita dalam solat kerana kita ini ciptaan Nya, hilang segala sewaktu kita sudah berserah dan bersujut mengadap yang Maha Pencipta. Sekarang fikir bersama saya ‘kenapa harus kita seorang insan bergelar manusia perlu meletakan perkatan PELUANG ini sedangkan Allah s.w.t tidak memberi kan kita peluang dalam bertaubat? kerana pintu taubat sentiasa terbuka.. dan tidak akan pernah tutup..bak cerita dari kawan kepada kawan saya “Kita ini adalah ciptaan Nya.. Dia tahu apa kelebihan dan apa kekurangan yang dia beri. Manusia tidak akan pernah lari jauh dari melakukan kesilapan. Kerana itu, jangan malu untuk bertaubat, dan meminta kerana Dia Maha Mengetahui dari segala kejadian.”
Sedangkan Nabi Muhammad ampunkan umatnya..dia pun manusia biasa. Okay saya akui kita tak mampu untuk jadi seperti Nabi Muhammad..tapi kita mampu untuk ambil dia dan jadikan sebagai contoh, sekurang-kurangnya dari segi kesabaran dia menrempuh kehidupan, sentiasa memafkan. Ya saya pun akui memang payah untuk memafkan seseorang itu apabila dia melakukan sesuatu yang tidak boleh kita terima lagsung oleh akal dan logika minda hati dan perasaan yang mencengkam..tetapi sekurang-kurangnya maafkanlah dia, supaya hidup & matinya pergi dengan senang. Tidak guna berdendam dan membalas dendam menyimpan dendam, sedangkan segala balasan sudah di sediakan dunia akhirat atas segala salah dan silap yang di lakukan sesorang.. cuma cepat atau lambat itu sahaja yang belum kita sendiri ketahui.
Jadi pengakhiran cerita, pada saya tidak ada perkataan PELUANG dalam percintaan itu cuma persepsi yang di tanam dari apa yang kita lihat dan dengar sewaktu mebesar..begitu juga pada perkataan “cantik” cantik tak semestinya ‘kurus, muka licin,gerak geri yang lemah lembut’ tidak.. itu hanya persepsi, atau kata lain tangapan yang salah. Apa yang betul? You Fikirlah sendiri ^^,v kerana dah cukup dewasa untuk berfikir tentang perkara tu. Saya cuma berkongsi, kerana saya budak masih belajar dan menuntut di universiti alam, Ilmu saya tak akan pernah cukup untuk di pelajari seluas alam, senang kata lain ilmu yang tiada titik noktah tidak kira berapa jauh kita bejalan untuk mempelajarinya.
Peluang untuk hidup hanya sekali,
pabila mati tiada lagi,
pabila tiada had peluang dalam bercinta,
akan bahagia rumah tangga..
InsyaAllah
P.s: Walaupun ada had pada rasa yang kita sudah beri, saya hanya mampu memaafkan kekejaman orang yang menjadi pencengkam hati, tapi untuk terima dalam kehidupan sangat lah payah.. kerana saya hanya manusia. Hanya masa yang boleh menentukan penerimaan saya, ^^, Jangan persoalkan kuasa Allah, hanya boleh go with the flow. Let it be, kerana..sekeras-keras batu itu, ia mampu terhakis dan mengecil apabila tiap-tiap hari kita menyiramnya dengan air. Pepatah dari kawan karib saya. Jadi bersabarlah tidak kira apa pun, menerima dengan redha pada keadaan jikala segala usaha gagal. Itu bermakna Allah ingin memberi kita suatu yang lebih baik dari apa yang kita ada atau pernah ada. Bersyukurlah sentiasa..

Nice reminder :)
ReplyDelete@Anonymous Just a set of reminder.. which to remind my self mostly.. but Sharing is always my first priority when I want to blog. =) sharing is caring. <3
ReplyDelete