Saturday, October 22, 2011

Tidak kurang, tidak lebih

(Part two)

`Ya Rabbi..’ tersekat nafas Anis untuk mengeluarkan kata-kata hanya mampu untuk sebut di dalam hati khudus. Email dari Irfan benar-benar menyentuh perasan dan nukilan hatinya seorang wanita yang senang tersentuh dengan kata-kata dari kekasihnya.

"assalamu'alaikum sayang, Alahamdulillah setelah sekian lama baru abang dapat berhubung dengan sayang. sungguh berat dugaan melanda.. maafkan abang Anis, sudah lama abang menyepi menghilangkan diri, banyak yang sudah abang fikirkan sewaktu kita terpisah melalui kependekan masa, dan juga internet abang ni..rosak. sayang tolong jangan bersedih lagi? sudah lah nagis tu..simpan air mata itu untuk hari bahagia kita kelak.

Sebaris demi sebaris di baca oleh Anis dengan teliti, dia hanya mampu menahan syahdu kalbu yang sedang melonjak kegembiraan. Ria tertawa saat kata-kata yang melawakan dari Irfan, dalam email  tersebut Irfan menceritakan kepayahan dan bertungkus-lumus berkerja dan menunggu masa mengantikan internet line dia yang rosak itu, sebelum pengakhiran email  Irfan menyebut ada rombongan merisik akan bertandang yang sudah dia khabarkan niatnya pada bonda tercinta.

abang akan pulang ke tanah air tak lama lagi, selepas kita begelar tunang kita akan berjumpa.. bila? itu surprise.. sebab abang tak mahu bakal isteri abang ni tertunggu-tunggu sehinnga merindu-rindu, cukuplah abang hilang sayang risau gai nak gila di buatnya, tersiksa hati dan jiwa sayang, tapi harap lepas ini tak lagi =) sehingga kita berjumpa lagi..abang tak kan email sayang apa-apa lagi.. ini yang terakhir..wassalam Anis.. sehingga kita berjumpa nanti.
                                                                                                         – Irfan”

Sebulan sudah email  dari Irfan berlalu tiada khabar berita,tetapi hari-hari Anis berjalan rombongan merisik bertandang. Perkenalan Anis dengan keluarga Irfan sangat menajubkan, Dayang ibu kepada Irfan sangat gembira bertemu Anis, seminggu berlalu bertandang pula rombongan meminang. Sedih dalam gembira Anis saat cincin pertunangan di sarungkan ke jari manisnya. Selesai sudah majlis pertunangan Anis, tetapi masih tidak kelihatan bayang yang di cari.

Sebulan sudah berlalu, khabar berita dari Irfan tidak kedengaran, Anis hanya mampu meletakkan kepercayaan pada tunangnya. Anis percaya, dia tidak akan di kecewakan walaupun dia tahu ada perkara yang dia tidak boleh ramalkan dan jangkakan apa yang terjadi di masa akan datang, dia hanya mampu berdoa pada Illahi agar segalanya tiada masalah. Petang itu Anis di kejutkan call dari Bonda Dayang, yang mahu dia datang ke rumah mereka untuk “dinner” bersama keluarga.

‘Ding-dong’ Loceng di bunyikan setelah anis sampai di rumah keluarga Irfan. Orang gaji irfan membuka pintu gate yang besar itu untuk Anis dari dalam. Belari-lari anak Intan mendapatkan Anis.
”cik silakan masuk..” kata Intan, Anis hanya menanguk dan masuk mengikuti Intan di depannya. ‘besarnya rumah..’ terdetik kata-kata itu di hati Anis kagum dengan rumah cantik itu dan tersenyum ‘alhamdulillah rezki ALLAH’ kata hati Anis lagi.
“assalamu’alaikum Makcik..” sebaik sahaja dia menjejak kaki dan nampak Dayang ibu Irfan sedang menanti dirinya.
“wa’alaikumsalam Anis sayang, mari duduk di sebelah..” Anis menangguk menurut apa yang di suruh.
“haa… lagi satu, tak perlu pangil Makcik, pangil saja Bonda, kan lagi manis bunyinya.. cuba Anis pangil “bonda”, Bonda nak dengar” kata Dayang.
“Bonda” Kata Anis malu-malu kucing. Dayang tersenyum seraya menyakat Anis yang sedang kemerah-merahan pipinya.

Sedang rancak berbual tiba-tiba loceng pintu di bunyikan, Intan keluar sekali lagi untuk membuka pintu rumah setelah di buka pintu gate mengunakan remote. Mata Anis dan Dayang tertumpu pada pintu gate, dari jauh tidak kelihatan siapa.
“Bonda, Anis ke bilik air sekejap..” kata Anis memandang pada Dayang yang tersenyum.
“Jangan lama ya Anis, Bonda nak kenalan pada tamu kita ni nanti” Anis menagguk. Anis memandang cermin di dalam bilik air, di betulkan tudungnya agar kelihatan lagi kemas. ‘agak-agaknya sipalah yang datang tadi tu..hemm..’ terdetik kata di hati Anis. Keluar sahaja Anis ke ruang tamu rumah kelihatan Dayang sedang berbual mesra dengan tetamunya, hanya kelihatan dari belakang kepalanya yang sedang duduk di kerusi menghadap Dayang yang berada di kerusi hadapan.
“Anis mari Bonda kenalkan, Irfan Ahmad Sufi” kata Dayang setelah kelihatan Anis yang berdiri makin dekat dengannya.

Merah muka Anis setelah nampak “tetamu” Dayang yang ingin di kenalkan itu. Hampir pengsan mendengar nama tersebut, ingin menagis tidak terluah hanya senyuman yang tidak berhenti-henti di ikuti muka yang merah. “assalamu’alaikum Cik Anis Ramli..apa khabar” kata Irfan dengan senyuman. Dalam hati Irfan hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa gembiranya dia melihat Anis setelah sekian lama. Anis hanya mampu membalas kata-kata Irfan dengan senyuman.
“Bonda nak ke dapur ni.. kamu berdua bual-bual lah dulu..” kata Dayang yang memahami keadaan anaknya dan bakal menantunya itu. Irfan hanya mengangguk.

“sayang senyap je dari tadi..hehe..” kata Irfan yang memulakan perbualan. Anis menunduk malu, kerana ini lah pertemuan pertama mereka setelah 5 tahun tidak berjumpa, dan hampir setahun terputus bicara. Irfan mengubah tempat duduk dan duduk di sebelah Anis, dan mencapai tangan Anis yang punya cincin tersemat kemas di jarinya itu, tiba-tiba tangan Irfan terasa bagai titis air suam. “la… napa nagis ni sayang.. kan abang ni..” Irfan mengangat wajah Anis yang menunduk itu dan mengelap air mata Anis dengan ibu jarinya. Mereka berbual mesra setelah Irfan berjaya memujuk Anis.

Sebulan selepas itu, mereka di ijab kabulkan. The End~ :D

Walaupun Anis datang dari keluarga yang kurang dari berbagai segi, dan Irfan dari keluarga yang lebih dari..tapi tidak kurang dan tidak lebih itulah menjadikan mereka pasangan yang serasi, tiada diskriminasi antara mereka yang penting apa yang mereka rasai saat kala bersama. Cinta itu adalah anugerah yang payah untuk ramai hargainya, pokoknya..manusia ini sama tidak sempurna, tiada yang punyai kelebihan yang terlebih, tiada yang punyai kekurangan yang terlalu kurang. Sama rata seperti di jadikan oleh ALLAH s.w.t, yang buruk boleh di baiki untuk jadi lebih baik walaupun memakan masa yang lama, yang baik kekalkan baik walaupun adakalanya yang buruk itu akan slip out  itu lah diri kita sebagai manusia. Hargai dan jagalah mereka yang begelar suami/isteri atau tunang kalian seadanya. Manusia sama rata tapi di lahirkan berbeza-beza, yang pasti, tiadak kurang dan tidak lebih. wassalam..- penulis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...