Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera, sudah terang lagi bersuluh topic journal entry saya kali ini. Kawan-kawan, baru-baru ini kes pukau terjadi di kalan keluarga saya sendiri. Perkara ini terjadi pada abang saya yang sulong. Kehilangan dia memberi kami syak pelbagai andaian. Kisahnya.. Pada malam sabtu ebih kurang dalam 2.30 pagi bertarikh 01/10/2011 abang saya bertolak ke Port Dickson kerana dia berkerja di salah sebua chalet di sana. Dia pada awalnya akan mula berkerja semula pada hari isnin 03/10/2011, tetapi ayah saya dapat pangilan talifon dari majikan dia menyatakan dia tidak hadir bekerja seperti selalu. Laporan di buat pada 04/10/2011 setelah di sahkan hilang lebih 48jam.
Pelbagai usaha telah kami sekeluarga lakukan, dan juga memanggil dan bertanya pada rakan-rakan karib abang saya, namun result pencarian tetap hampa. Pada 05/10/2011, ibu saya mendapat pangilan talifon dari salah seorang sahabat karib abang saya.. dia menyatakan abang saya panggil dia dan beri tahu lokasi dia di campak. T_T mereka hanya meninggalkan abang saya dengan IC, duit 3 ringgit dan selipar buruk. Segala dompet, duit dan HP di ambil. Menurut abang saya, dia sampai dalam tengah hari, dan dapati transport untuk masuk ke kawasan perdalaman di mana chalet tempat dia berkerja. dan memangil salah seorang kawan perempuannya dan meminta bantuan untuk beri tahu majikan bahawa dia akan sampai lewat kerana tiada transport. Dia terus pergi ke bank selepas membuat pangilan tersebut.
Selepas dia keluar dari bank, ada kenderaan berhenti merapati dia. Pada awalnya sangkaan abang saya kereta “prebet sapu” atau dalam kata lain kereta tumpang untuk ke lokasi yang sama dan di bayar dengan harga kongsi, kerana terdapat penumpang di sit depan dan 2 lagi di belakang, maka abang saya tidak mengsyakan apa-apa. Kata abang saya lagi..diver tersebut tampak baik dan berkopiah menanyakan kemana dia ingn pegi. Dalam pada saat itu juga, jampi serpah telah di alakan padang abang saya. Kata abang saya dia tidak tahu kenapa dia hanya ikutkan sahaja kata orang itu. selebihnya kabur dan tidak dia ingati, yang dia ingat..dia dengar orang tersebut berkata sebelum mencampak kan dia di lokasi gelap di belakang sebuah lorong sambil berkata “ha..pandai-pandailah kau nak hidup”. sesudah itu..dia tersedar dan seperti dalam keadaan mamai, dan dengan izin Allah.
Dia hanya teringatkan number talifon sahabat karibnya. Jadi kawan-kawan, alangkah bahayanya bumi kita ni. Macam-macam cara yang dilakukan untuk mendapat sesuatu. Saya juga ingan memperingati diri saya dan kawan-kawan supaya berhati-hati, kerana bahaya tidak kenal dimana kamu berada. Jadi, berhati-hati dan sentiasa beringat. Baiklah hanya update yang pendek dari saya kali ini. ^^ trima kasih kerana membaca. Till next time, jumpa di update seterusnya yah! tata!
No comments:
Post a Comment