Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Kursus. ^^

Bismillah.. Assalamu’alaikum sahabat blogger ku.. sekian lama saya menghilangkan diri baru hari ini berpeluang untuk menulis kembali journal yang tertangguh. ^^ alhamdulillah selesai sudah langkah pertama dalam hidup saya untuk mulakan rangka kehidupan baru, iaitu membina masjid atau lebih di kenali sebagai melangkah ke alam perkahwinan. Tanggal 12&13 haribulan Mei tahun 2012 saya dan bakal pasangan bersama dua orang adik perempuan dia serta sorang bakal adik ipar lelaki saya berkursus bersama. Kursus yang kami ambil ialah kursus kahwin. hehe.. :P

Syukr sangat Kehadrat Ilahi atas pemberian ilmu rumah tangga yang di peroleh, saya berkursus di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Alhamdulillah ilmu yang di peroleh amatlah berguna selepas berkahwin nanti insyaAllah. Tujuan saya menulis perihal ini bukanlah untuk melebih-lebih, tetapi untuk berkongsi pengalaman saya selama 2 hari berturut-turut di sana, dan juga untuk mengajak kawan-kawan yang lain bersama untuk pergi dapatkan  ilmu mengenai alam selepas perkahwinan.

masjid-negara2

Pengalaman saya berada di sana sangalah berharga, semala kini itulah pertamakalinya saya berada di dalam Masjid Negara yang berdiri dengan indah di tengah bandar Kuala Lumpur. Rasa bahagia berada di sana dengan perasaan tenang dan aman, Subahanallah tidak dapat saya ungkapkan perasaan saya waktu itu dengan kata-kata, benarlah kata orang bersolat berjemaah itu ada kelebihannya, ramai itu mengabungkan kita menjadi satu ummah yang berdiri untuk mendirikan solah bersama2. Bahagia hati dapat menunaikan solah di sana, rasa bagai tak mahu untuk pulang duduk di situ dan tunggu waktu untuk dirikan solat, dan bak kata Ustaz yang memberi kami ilmu itu..lebih barakah belajar dan menuntut Ilmu di masjid yang bersih dan terjaga kesuciannya.

Menurut kajian statistic dari Ustaz di masjid negara, sepanjang menjadi kaunseling untuk pasangan2 yang bermasalah, banyak yang mereka nasihati terlebih dahulu pada kami,berpesan awal2 untuk menjamin masa depan serta lebih berhati2 dalam espek kehidupan berumahtangga nanti. Kata mereka dari sudut kajian yang di jalankan oleh pihak JAKIM, dalam satu hari, setiap 15saat 1 pasangan bercerai di dalam Malaysia. MasyaAllah., besar ujian berumahtangga ni.,. :S takut pun ada., semoga Allah s.w.t memberkati setiap pasangan yang berkahwin untuk kearah keredhan NYA. amin..

Sepanjang saya berada di sana pihak pengurusan jalankan tugas dengan baik, bayaran tidak mahal., serta mampu untuk di bayar, hanya RM80 ringgit untuk kursus 2 hari bersaman nota, sijil dan sedikit juadah untuk hari kedua, kerana sepanjang hari kedua itu, saya berada di sana seharian, sarapan pagi di sediakan, makan tengahari setelah selesai solah zohor, dan minum petang, terlebih berbaloi RM 80 untuk ilmu yang berharga, nota berupaya buku untuk basic knowladge yang diberikan serta boleh di simpan untuk rujukan dan tidak lupa pengalaman sepanjang dua hari berada di sana. Untuk sijil akan di keluarkan sendiri oleh pihak JAKIM setelah seminggu selepas berkursus, boleh di ambil di tempat berkursus, pada setiap hari sabtu dan ahad., kecuali pada hari cuti umum atau atas sebab pengurusan2 terpaksa di tangguhkan.

baiklah sampai di sini sahaja perjalanan hidup saya. InsyaAllah., seandainya saya ada masa lagi akan adalah update di blog yang serba biasa ini. amin. Jumpa lagi :D

Thursday, November 24, 2011

Kata hati

Assalamualaikum w.b.t~ buat teman seagama ku, salam sejahtera buat semua..Terbitnya hari ini, aku terhenti bicara soal Dunia, terfikir dan terfikir.. Ke arah mana lagi harus ku langkah, bagi menghabiskan segala ketetapan yang ada, meyeru atau mengajak teman ku, bersama berfikir dengan ku. Tidak salah berfikir, tidak salah untuk belajar dan mengatahui. Semalam lanjut sudah usia ku, hari aku di lahirkan mungkin hari aku pergi, tetapi alhamdulillah~ aku masih di sini, mencari apa lagi yang masih belum mencukupi..apa lagi yang harus aku perbetulkan..apa lagi yang harus aku fikirkan, apa lagi harus ku lakukan dan apa lagi harus untuk aku ertikan. Disini saya sertakan serankap pusi, agar ia membuahkan bicara, membuahkan fikiran, yang belum terlintas di hati selama kini.

Ku ingin bicara dengan Tuhan ♥,
segala rasa adalah hak milik NYA,
segala rindu kepunyaan NYA,
segala cinta atas kehendak NYA,
akan apa sahaja kan terjadi atas redha dan kehendak NYA,
berpusing telus memandang Illahi,
kedalam isi hati dan naluri,
pokok pangkal terjadi dengan gerak NYA,
hailah Adam dan Hawa~
jangan leka hanya hal di duniawi,
akhirati kau lupai,
kelak menyesal pun tiada lagi,
bersegeralah menghadap ampun Illahi,
kalam di sebut..kesyukuran di akhiri..
kerana Allah aku di sini,
kerana Allah aku mengerti,
arah tujui~ berikanlah daku petunjuk,
kejalan yang benar,
agar berjalan dalam cahaya,
tidak gelap hari,
tidak gelap hati,
berikan~serahkan,relakan kerahan redha NYA,
lebih makbul dan adap terpatri~
astargfirullah~halazim~
ucapkan dengan penuh kesedaran....

alaihisalam~

Zati.
2.58pm
24/11/2011

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Qurban.

Semperna sambutan Aidiladha ini.. saya ingin mengucapkan salam Aidiladha buat semua rakan-rakan blog dan pembaca. ^^ jom nikmati video ini.. moga ia membuka minda dan mata hati kita. InsyaAllah..

^^ Selamat menghayati.. dan salam Aidiladha semua.. Assalamu’alaikum…

Friday, November 4, 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

P.s: this post is not mine. Just sharing what I think is good for all to read =) salam ukwah – writer.

Sunday, October 16, 2011

Persepsi PELUANG.

 

persepsi kehidupanAssalamu’alaikum w.b.t dan salam se-jahtera, wazzap readers! aite! hari ni saya ingin bercerita tentang persepsi PELUANG dalam masyarakat kita yang kini kian pesat membangun ini. Ya! persepsi kehidupan, kenapa ya..? hrum..sedar tidak sedar dalam diam kesibukan dalam melakukan apa sahaja.. kita lupa untuk berhenti berfikir dan memandang suatu perkara itu sebelum kita sendiri menyebutnya. Sedar atau tidak, kita akan sebut perihal “peluang” dalam apa jua bentuk sekalipun, tak kira dari dalam hari seharian, bersama keluarga ataupun semasa bercinta. Perasan tak? O.O! apa? tak perasan? meh saya refresh memori awak.. dialog dia bunyi begini. “awak, tolong beri saya satu peluang lagi.. please.. maafkan saya” dapat tak maksud saya? O.O? tak paham lagi? macam ni lah, dalan hidup kita sebagai manusia selalu ada perkataan peluang. Contoh senang ‘mencari peluang pekerjaan’. hehe.. got the drift? good! okie sekarang ni saya dah dapat perhatian dari awak dan awak sedang berfikir..

Tuesday, October 4, 2011

Sebuah Kisah Tentang Couple.

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..

Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Sunday, February 20, 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

sumber: iluvIslam.com
 

Thursday, February 10, 2011

ya Insani yg tidak sempurna

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang...

ya insani Nya,
ketahuilah tiada yang Maha Agung selain Allah,
tiada yang Maha Besar selain Nya,
tiada yang lain selain Allah..

segala pelusuk alam millik Nya,
segala nyawa adalah milik Nya,
segala roh adalah milik Nya,
kesemuanya adalah milik Nya..

wahai sang pengambara alam,
kembara lah kamu sebaik-baiknya,
atas jalan yang baik atau yang buruk fikirkan dalam,
pilih lah jalan yg baik buat mu untuk menghadapnya..

di beri tamtasi dari Nya,
agar kamu berfikir Dia sebagai pengutusnya,
jangan kamu menyalahkan Dia,
sebaliknya..menghargai dan bersyukur atas segala..

ya Insani khalifah,
aku bukan bemadah tipu,
segalanya tidak berat sebelah,
ini kerana gerakan atas mahu..

hidupku hanya atas nama Nya,
nafasku hanya atas kebenaran Nya,
cintaku hanya untuk Nya dan kerana Nya,
matiku ke atas kehendak Nya..

janjiku adalah kerana Nya,
senyumku ikhlas atas nikmat pemberian Nya,
tidurku lena atas kehendak dan gerak Nya,
sakitku mengingatkan aku kepada Nya..

astagrfurullahhalazim..
besar nikmat mengembara alam,
besar nikmat pabila mendalam,
besar nikmat pabila faham..

Zati,
7:43am,
10/02/2011

p/s: saya bukan insan yg sempurna, tidak lagi dari segi agama, tidak lagi dari pelbagai sudut.. tertulisnya puisi ini.. atas apa yg terlintas di minda..keatas hak dan pemberian dari Nya.. moga mendapat kefahaman dan manfaat dari ini.. insyaAllah!

Friday, February 4, 2011

Renungan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nabi s.a.w. bersabda:

"Bahawa segala sesuatu itu ada penyakit.
Penyakit bicara adalah bohong,
Penyakit Ilmu adalah lupa,
Penyakit ibadah adalah riak,
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri,
Penyakit berani adalah keterlaluan,
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian,
Penyakit cantik adalah sombong,
Penyakiit bangsawan adalah bangga,
Penyakit memulia adalah menonjolkan diri,
Penyakit kaya adalah kedekut,
Penyakit taat adalah berlebih-lebihan
dan
Penyakit agama adalah hawa nafsu"

Pernah kah kita terfikir akan kenapa nafsu itu di panggil "hawa nafsu"? Sy sendiri tidak tefikir akan perkara ini. Tetapi ia perkara yang berkaitan ini telah di beri tahu sendiri oleh orang yang bekenaan.. Sy hanya mendegar sekadar mendalami Ilmu yang ingin di sampaikan kepada sy. Jangan alpa wahai saudara2 seIslam ku.. dalami lah Ilmu, kerna segala persoalan ada pada jawapan yang hanya datang dari kehendak NYA..InsyaAllah.. Ingati lah Allah..kerana DIA sentiasa ada untuk kita semua..seandainya kamu mahu..bukalah hati..bukalah minda.. DIA ada dan wujud..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...