ya insani Nya,
ketahuilah tiada yang Maha Agung selain Allah,
tiada yang Maha Besar selain Nya,
tiada yang lain selain Allah..
segala pelusuk alam millik Nya,
segala nyawa adalah milik Nya,
segala roh adalah milik Nya,
kesemuanya adalah milik Nya..
wahai sang pengambara alam,
kembara lah kamu sebaik-baiknya,
atas jalan yang baik atau yang buruk fikirkan dalam,
pilih lah jalan yg baik buat mu untuk menghadapnya..
di beri tamtasi dari Nya,
agar kamu berfikir Dia sebagai pengutusnya,
jangan kamu menyalahkan Dia,
sebaliknya..menghargai dan bersyukur atas segala..
ya Insani khalifah,
aku bukan bemadah tipu,
segalanya tidak berat sebelah,
ini kerana gerakan atas mahu..
hidupku hanya atas nama Nya,
nafasku hanya atas kebenaran Nya,
cintaku hanya untuk Nya dan kerana Nya,
matiku ke atas kehendak Nya..
janjiku adalah kerana Nya,
senyumku ikhlas atas nikmat pemberian Nya,
tidurku lena atas kehendak dan gerak Nya,
sakitku mengingatkan aku kepada Nya..
astagrfurullahhalazim..
besar nikmat mengembara alam,
besar nikmat pabila mendalam,
besar nikmat pabila faham..
Zati,
7:43am,
10/02/2011
p/s: saya bukan insan yg sempurna, tidak lagi dari segi agama, tidak lagi dari pelbagai sudut.. tertulisnya puisi ini.. atas apa yg terlintas di minda..keatas hak dan pemberian dari Nya.. moga mendapat kefahaman dan manfaat dari ini.. insyaAllah!
No comments:
Post a Comment