Bismillah.. Assalamu’alaikum sahabat blogger ku.. sekian lama saya menghilangkan diri baru hari ini berpeluang untuk menulis kembali journal yang tertangguh. ^^ alhamdulillah selesai sudah langkah pertama dalam hidup saya untuk mulakan rangka kehidupan baru, iaitu membina masjid atau lebih di kenali sebagai melangkah ke alam perkahwinan. Tanggal 12&13 haribulan Mei tahun 2012 saya dan bakal pasangan bersama dua orang adik perempuan dia serta sorang bakal adik ipar lelaki saya berkursus bersama. Kursus yang kami ambil ialah kursus kahwin. hehe.. :P
Syukr sangat Kehadrat Ilahi atas pemberian ilmu rumah tangga yang di peroleh, saya berkursus di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Alhamdulillah ilmu yang di peroleh amatlah berguna selepas berkahwin nanti insyaAllah. Tujuan saya menulis perihal ini bukanlah untuk melebih-lebih, tetapi untuk berkongsi pengalaman saya selama 2 hari berturut-turut di sana, dan juga untuk mengajak kawan-kawan yang lain bersama untuk pergi dapatkan ilmu mengenai alam selepas perkahwinan.

Pengalaman saya berada di sana sangalah berharga, semala kini itulah pertamakalinya saya berada di dalam Masjid Negara yang berdiri dengan indah di tengah bandar Kuala Lumpur. Rasa bahagia berada di sana dengan perasaan tenang dan aman, Subahanallah tidak dapat saya ungkapkan perasaan saya waktu itu dengan kata-kata, benarlah kata orang bersolat berjemaah itu ada kelebihannya, ramai itu mengabungkan kita menjadi satu ummah yang berdiri untuk mendirikan solah bersama2. Bahagia hati dapat menunaikan solah di sana, rasa bagai tak mahu untuk pulang duduk di situ dan tunggu waktu untuk dirikan solat, dan bak kata Ustaz yang memberi kami ilmu itu..lebih barakah belajar dan menuntut Ilmu di masjid yang bersih dan terjaga kesuciannya.
Menurut kajian statistic dari Ustaz di masjid negara, sepanjang menjadi kaunseling untuk pasangan2 yang bermasalah, banyak yang mereka nasihati terlebih dahulu pada kami,berpesan awal2 untuk menjamin masa depan serta lebih berhati2 dalam espek kehidupan berumahtangga nanti. Kata mereka dari sudut kajian yang di jalankan oleh pihak JAKIM, dalam satu hari, setiap 15saat 1 pasangan bercerai di dalam Malaysia. MasyaAllah., besar ujian berumahtangga ni.,. :S takut pun ada., semoga Allah s.w.t memberkati setiap pasangan yang berkahwin untuk kearah keredhan NYA. amin..
Sepanjang saya berada di sana pihak pengurusan jalankan tugas dengan baik, bayaran tidak mahal., serta mampu untuk di bayar, hanya RM80 ringgit untuk kursus 2 hari bersaman nota, sijil dan sedikit juadah untuk hari kedua, kerana sepanjang hari kedua itu, saya berada di sana seharian, sarapan pagi di sediakan, makan tengahari setelah selesai solah zohor, dan minum petang, terlebih berbaloi RM 80 untuk ilmu yang berharga, nota berupaya buku untuk basic knowladge yang diberikan serta boleh di simpan untuk rujukan dan tidak lupa pengalaman sepanjang dua hari berada di sana. Untuk sijil akan di keluarkan sendiri oleh pihak JAKIM setelah seminggu selepas berkursus, boleh di ambil di tempat berkursus, pada setiap hari sabtu dan ahad., kecuali pada hari cuti umum atau atas sebab pengurusan2 terpaksa di tangguhkan.
baiklah sampai di sini sahaja perjalanan hidup saya. InsyaAllah., seandainya saya ada masa lagi akan adalah update di blog yang serba biasa ini. amin. Jumpa lagi :D