Assalamu'alaikum w.b.t.. salam kenal. Hari ini topicnya agak deep sedikit. Cerita hari ini bahasa melayu penuh. Selamat membaca, maaf kalau bosan sikit. Adakalanya manusia lupa dan alpa dengan tanggungjawap yg di beri. Ya manusia itu lemah, mudah baginya untuk membuat silap/salah/dosa sesama insan di kenali rapat atau yang tidak di kenali langsung. Ya bukan mudah untuk meminta maaf atas salah yang di buat oleh diri sendiri. Usai meminta seharusnya kedua pihak meminta maaf, walaupun salah itu dari satu pihak. Kerana apabila kita meminta maaf dan pihak lagi satu mengaku salah dan meminta maaf ia dapat mengurangkan keruh keadaan yg sedia ada.
Suami dan isteri, lazimnya topik ini jarang sekali saya nak bukak dan sentuh. Sunggupun usia perkahwinan saya sendiri masih baru lagi pada saya, sebab setiap hari ada sahaja benda baru yang saya belajar tentang pasangan saya. Saya pasti rakan-rakan yang lain pun merasa apa yang saya rasa. Pembaca yang di sayangi sekalian, saat terlafaznya akad dan nikah, taklik akan di lafazkan didepan saksi dan keluarga yang ada.
Sentiasa ingat pada janji lafaz taklik ini buat pasangan yang baru atau sudah pun lama bernikah. Taklik ini sangat penting kerana ia adalah janji si suami buat isterinya. Itu lah tanggungjawapnya yg perlu di galas, selain dari membimbing isteri kearah kebaikan dan didik isteri tentang keAgamaan serta sayangi isteri supaya terikat kasih sayang dan juga rasa hormatnya ada buat suami yang di sayangi.
Ingat, kebahagian rumahtangga itu berbalik dengan cara suami mengemudi kapal layarnya supaya tidak tersasar. Adanya isteri itu di sisi untuk sentiasa mengingatkan asal tugas serta tanggungjawap suami itu saat dia tersasar jalan. Cerita yang saya dapat sewaktu khursus perkahwinan dahulu, banyak pasangan becerai berai kerana ketegakkan tiang nya runtuh, tidak di pupuk, tidak di didik, tidak di jaga dan banyak lagi tidaknya. Pokoknya Agama itu penting., selayaknya buat yang beragama Islam, didik lah isteri dan anak² mu dengan Islam. Mencurahkan kisah dan tauladan dengan cara yang Islamik. Ia di tuntut dalam Agama Islam kita agar berkat dan barakah sesuatu keluarga mengikut bait² keihlasan didikan kasih sayang dari suami itu sendiri.
Lafazkan lah taklik mu agar kamu ingat selalu, bukan senang alam perkahwinan ni. Bukan mudah untuk senanag, bukan senang perkara di mudahkan tetapi berdoalah, meminta lah pada Yang Maha Pencipta kita. Kerana pada DIA sahaja kita mampu harapkan. Takut jika harapkan manusia kita kecewa.
Sekian penulisan saya. Mudah²an ada lagi updatenya. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. Semoga bermanfaat.