Tuesday, February 28, 2012

Puding Roti Karamel

Assalamu'alaikum w.b.t~ dan salam sejahtera.. wahh..baru petang tadi saya brows internet menelah cari idea nak masak dinner untuk family, godek punya godek terjumpa rasepi ni di blog Kak Nor, rasepi puding roti karemel..hehe.. nak cuba lah.. :P

Bagi yang nak mencuba, cubalah.. :D banyak lagi rasepi kat blog Kak Nor, ^^ sangat menarik minat saya. di bawah ada bahan-bahan dan cara-cara membuat..

Bahan-bahan
-3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
-4 keping roti gardenia
-3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
-2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
-1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

p.s: kalau nak rasepi lain check out blog Kak Nor yah~

Sunday, February 26, 2012

Re-Decorate

Assalamu’alaikum w.b.t~ dan salam sejahtera.. Yeah.. akhirnya saya dengan rajin sekali menukar theme  blog saya. haha~ cantik bukan? almaklum blog ni dah lama berwarna hijau, sekali sekala tukar warna apa salahnya. Malas barangkali bagi saya untuk betulkan css atau dalam kata lain.. buat sendiri dari kosong. Jadi saya hanya gunakan apa yang sedia ada buat masa ini. InsyaAllah, andai saya ada idea..saya akan design. ^^ Jika tiada, cari theme online saja lah nampaknya. Haha..

Kawan-kawan saya ada yang tegur, “awat pink sangat blog ang?” ahaha.. ini bukan pink.. ini peach.. yum-yum teringat buah peach pulak~ ahaha.. okie lah, tak ada update penting pun, just pemberitahuan pasal blog update saya, takut ada yang fikir mereka ni tersalah atau tersesat blog. ekeke.. ehe~ lagi pun saya tidak lah terkenal dari segi dunia bloging, walaupun tiada motif iklan di adakan dalam blog saya ni, saya hanya angap ia sebagai deco untuk blog lol =x (motif?) haha.. entahlah saya ni. Baiklah.. tiada penjanaan ataupun makanan untuk otak hari ini di dalam blog saya, cuma notice pertukaran theme. sekian terima kasih. ^^

Thursday, January 26, 2012

Tentuan.

Angin malam meniup sepoi-sepoi bahasa, bagai lembutnya bicara sang bidadari. Layar melayari dinari sepi mengajak sang insan tidak kira yang muda mahupun yang lanjut usia melepkan mata untuk rehat dan harap bermimpi saujana seindah permai..cewah! aha~ lama tak menulis.. rindu rasanya. Amacam leh lagi lah tu, banyak yang kena di perbaharui, XD

Tahun ni busy/sibuk dengan bermacam kerja, tak macam sebelum ni.. relax memanjang.. bermacam halangan tahun 2012 ni, saya nak buat macam mana, nak atau tak nak, dengan seraya berkata terpaksa untuk lauinya..kerana itulah pengalaman.. walaupun mulanya dengan perkataan “gagal”. Gagal tak bermaknaya selamanya gagal..tetapi harus berusaha lebih untuk berjaya.. ya..itulah saya. Orang kata hendak berjaya bukan senang, apatah lagi untuk menjadi seorang yang berkerjaya..saya pasti walaupun terhalang, ada sebab di sebaliknya saya di beri jalan yang sebegini, mungkin pasti ada yang menati saya jika benar saya menetapkan kemanuhan saya seboleh-bolehnya untuk sesuatu itu…dan saya pernah gagal untuk mendapatkan seseorang terdahulu saat saya semahu-mahunya inginkan itu., kecewa itulah ayat yang pertama yang muncul di hati. Mungkin sebabnya bukan datang dari saya..mungkin Allah ingn tunjuk kan saya suatu yang lebih baik.

Syukur Alhamdulillah, di peringkat awal ini masih baru, tetapi saya selesa bersama si dia, kerana saya akui..dialah sahabat karib saya, yang tak tersangka akan menjadi seorang yang istimewa dalam hidup saya. :D sebab apa? cuba dengar lagu Ne-Yo yang bertajuk “never know I needed” :D mungkin boleh faham maksud saya dari lagu itu. hemm Atas ketentuan saya bediri dan di landa pelbagai masalah juga rintangan.. ada setegah orang jalan mereka senang dan terbentang luas.. ada yang harus lalui jalan yang jauh untuk berjaya.. tak semestinya kalau bersama untuk menjayakan sesuatu itu idea yang bagus.. ada kalanya idea itu tak sebagus mana, andai kata seorang lagi seperti saya masih jauh perlu berlari untuk mengapai impan tersebut. Muda mudi segar bugar andai jalan ku masih jauh.. masa itulah kita perlu berusaha LEBIH dari orang lain yang senang dalam susah. If your  not in my shoes.. you wouldn’t understand me. Don’t simply say.. i didn’t try to do my best to make things work out as it is.. XD

That’s all everyone.. and happy new year..
assalamua'laikum w.b.t~ dan salam sejahtera.. :)

Thursday, December 15, 2011

PRU-13

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera, memandangkan musim PRU-13 atau lebih di kenali sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 bakal berlangsung tidak lama lagi, saya ingin sekali mengambil kesempatan untuk membuat entri berkenaan politik. :) Sebenarnya saya tak reti sangat perihal politik ni, almaklumlah.. menugndi pun tak lagi.. haha.. nikan pulak berdaftar, tapi memang saya bercadang pun nak berdaftar masa mengundi tu boleh? LOL kite cuba jela kan~

UMNO_logo_baru1Baru-baru (minggu lepas) ni saya tertarik dengan quotes yang tertera pada akhbar KOSMO hari ahad 4/12/11, quotes yang di ambil dari perhimpunan agung UMNO 2011 yang berlangsug dari 29 November hingga 3 Disember. Andai kata anda dah baca paper  sama dengan saya, anda mesti tahu quotes itu..okay lah~ saya tulis kat sini. “ELAK BANGSA MELAYU TERBANGSAT” agak offensive bunyinya tapi mungkin juga ada kebenaran di sebalik kata2 itu. Saya hanya ingin menyuarakan apa yang di rasa.. dan pendapat yang hanya yang bagi mereka boleh menerima ia dengan hati yang terbuka, dalam kata angap sahaja apa yang saya perkatakan ini sebagai positive.

Bagi saya yang terpangil untuk mengundi bagi memastikan Negara di titip dan di jaga dan di pimpin oleh pemimpin yang betul malah satu seruan buat mereka yang di pangil Melayu tambahan lagi yang beragama Islam untuk sama-sama utamakan hak tumpahnya darah kita ini, mungkin ramai akan memandang remeh akan perkara ini..tapi bagi saya ini bukan masanya untuk kita diam dan lihat tetapi perlu berpihak pada pihak yang betul. Secara jujurnya saya nak cakap walaupun saya tidak suka untuk berpolitik tapi adakalanya kita perlu ambil tahu, jika tidak masa depan kita atau masa depan muda mudi hancur lebur tidak terlaksana.

Sama-samalah kita menjayakan PRU-13 ini nanti, agar kemakmuran yang adil dan saksama di perolehi oleh semua. Asalnya kita sudah di keluarkan undang-undang Malaysia hanya boleh di pimpin oleh yang orang Melayu, dan beragama Islam, bukan kerna hendak menunjuk kuasa atau pun berbunyi perkauman, akan tetapi itulah hak kami kerana nama asal Malaysia adalah Tanah Melayu, sebelum lagi kedatangan mereka yang lain dan sebelum adanya atau terbentuknya Malaysia. Saya hanya harapkan yang terbaik buat Malaysia. Elakan Melayu menjadi bangsa terbangsat, okay, itu saje update saya kali ini., saya memang tak pandai perihal politik., tetapi saya juga mahukan yang terbaik., Jadi pada pemimpin Malaysia yang masih memegang jawatan, Saya berharap sangat ada perubahan..jangan sampai nila setitik rosak susu sebelanga, ^^ wassalam.

Thursday, November 24, 2011

Kata hati

Assalamualaikum w.b.t~ buat teman seagama ku, salam sejahtera buat semua..Terbitnya hari ini, aku terhenti bicara soal Dunia, terfikir dan terfikir.. Ke arah mana lagi harus ku langkah, bagi menghabiskan segala ketetapan yang ada, meyeru atau mengajak teman ku, bersama berfikir dengan ku. Tidak salah berfikir, tidak salah untuk belajar dan mengatahui. Semalam lanjut sudah usia ku, hari aku di lahirkan mungkin hari aku pergi, tetapi alhamdulillah~ aku masih di sini, mencari apa lagi yang masih belum mencukupi..apa lagi yang harus aku perbetulkan..apa lagi yang harus aku fikirkan, apa lagi harus ku lakukan dan apa lagi harus untuk aku ertikan. Disini saya sertakan serankap pusi, agar ia membuahkan bicara, membuahkan fikiran, yang belum terlintas di hati selama kini.

Ku ingin bicara dengan Tuhan ♥,
segala rasa adalah hak milik NYA,
segala rindu kepunyaan NYA,
segala cinta atas kehendak NYA,
akan apa sahaja kan terjadi atas redha dan kehendak NYA,
berpusing telus memandang Illahi,
kedalam isi hati dan naluri,
pokok pangkal terjadi dengan gerak NYA,
hailah Adam dan Hawa~
jangan leka hanya hal di duniawi,
akhirati kau lupai,
kelak menyesal pun tiada lagi,
bersegeralah menghadap ampun Illahi,
kalam di sebut..kesyukuran di akhiri..
kerana Allah aku di sini,
kerana Allah aku mengerti,
arah tujui~ berikanlah daku petunjuk,
kejalan yang benar,
agar berjalan dalam cahaya,
tidak gelap hari,
tidak gelap hati,
berikan~serahkan,relakan kerahan redha NYA,
lebih makbul dan adap terpatri~
astargfirullah~halazim~
ucapkan dengan penuh kesedaran....

alaihisalam~

Zati.
2.58pm
24/11/2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...