Sunday, February 20, 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

sumber: iluvIslam.com
 

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul.


Assalamu'alaikum wbt.. Buat semua muslimin dan muslimat.. Esok Adalah hari yang paling penting yang akan di sambut oleh seluruh umat yang beragama Islam. Saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua.. mari lah kita memanjatkan nikmat kesyukuran kepada Allah ke atas hari bersejarah ini..

Semperna Maulidur Rasul ini, saya bukak buku lama..hehe.. buku apa? buku kisah - kisah 25 Rasul terbitan Pustaka Salam Sdn.Bhd. Cerita ini di tulis oleh Encik Adi Setia dan Sidang Pengarang Pustaaka Salam.. gambar di sebelah atas kanan ini saya ambil dari tulakirfiberglass.com mereka jual hasil karft ini. Andai berminat silakan ke lama web mereka ya! cantik dan pelbagai.. bukan di sana sahaja.. banyak lagi tempat boleh di lihat dan pilih.. saya ambil ini sebagai gambar contoh dan hiasan semperna hari bersejarah esok. Baiklah.. kembali kepada buku yg saya sebut tadi. Saya dapat sejak kecil lagi..tidak lah saya ingat berapa hari bulan tetapi rasanya bilah dah umur 5 ke 6 tahun..rasanyalah.. ia masih dalam kondisi yang baik walaupun sudah terkelepet sana sini..dan kelihatan unzur,tetapi masih boleh dibaca dan di pegang.. hihi.. almaklumlah..buku lama.

Dari Kejauhan.

Merisik beringin dari kejauhan,
terasa segala kenikmatan dalam keindahan,
malamku penuh kewajaran,
melintasi liku-liku dalam kehidupan..

Berbisik kerinduan dalam diam,
segala rasa dihati berbunga seperti taman,
wira ku datang tersenyum dalam,
memberi hatiku sedalam keamanan..

Pada punjangga pemilik hati,
segeralah untuk memiliki,
diriku setia menanti,
khabar dari mu untuk menjemputku  nanti..

Aman dalam keriangan,
menunggu berita menceriakan,
indahnya nikmat permberian Tuhan,
agar bersama hingga pengakhiran..

Hati ku sempurna atas kedatangan,
sang punjangga pemilik hati,
wira ku datang berbuah tangan,
sehingga berjumpa bersama Illahi membawa cinta yang sejati..

Zati,
14/02/2011

Thursday, February 10, 2011

ubat


Assalamu'alaikum wbt..dan Sejahtra buat kawan - kawan.. tima kasih kerana sudi mengunjung ke blog ana yg tak seberapa.. haha.. hari ni berbahasa melayu.. 

Saya ingin memohon maaf seandainya tidak berapa banyak update.. InsyaAllah.. Seandainya di beri kekuatan saya akan update seberapa banyak yang mungkin..

Buat masa ni saya hanya bertemankan ubat - ubatan.. huhu.. masih belum sihat sepenuhnya.. hendak di buat macam mana seandainya sakit.. sakitlah.. wuhu! yang jadi pada saya masalah adalah kena memakan ubat ubatan yg membuat mata kuyu dan layu.. banyak kali la saya lawan mengantok.. adakalanya kalah terlelap depan laptop..hahaha..ish2.. jangan contohi saya.. sakit pinggang nanti.. awak tengok la ubat saya.. besar bagak.. nak di telan 1per 1..buat masa ni.. saya kena berusaha sungguh - sungguh untuk makan 2 jenis antibiotik ni.. T_T. . . tapi tak apalah.. demi kesihatan saya.. kena turutkan kata doctor.. baek tuan arahan di terima.. huhu..

Alhamdulillah.. buat masa ni sudah selsema masih bersisa, batok masih berbisa..suara hilang lah.. harapnya cepat sihat...huuu.. moga - moga tiada yg serius..

see ya at my next post!.. 
tata!

ya Insani yg tidak sempurna

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang...

ya insani Nya,
ketahuilah tiada yang Maha Agung selain Allah,
tiada yang Maha Besar selain Nya,
tiada yang lain selain Allah..

segala pelusuk alam millik Nya,
segala nyawa adalah milik Nya,
segala roh adalah milik Nya,
kesemuanya adalah milik Nya..

wahai sang pengambara alam,
kembara lah kamu sebaik-baiknya,
atas jalan yang baik atau yang buruk fikirkan dalam,
pilih lah jalan yg baik buat mu untuk menghadapnya..

di beri tamtasi dari Nya,
agar kamu berfikir Dia sebagai pengutusnya,
jangan kamu menyalahkan Dia,
sebaliknya..menghargai dan bersyukur atas segala..

ya Insani khalifah,
aku bukan bemadah tipu,
segalanya tidak berat sebelah,
ini kerana gerakan atas mahu..

hidupku hanya atas nama Nya,
nafasku hanya atas kebenaran Nya,
cintaku hanya untuk Nya dan kerana Nya,
matiku ke atas kehendak Nya..

janjiku adalah kerana Nya,
senyumku ikhlas atas nikmat pemberian Nya,
tidurku lena atas kehendak dan gerak Nya,
sakitku mengingatkan aku kepada Nya..

astagrfurullahhalazim..
besar nikmat mengembara alam,
besar nikmat pabila mendalam,
besar nikmat pabila faham..

Zati,
7:43am,
10/02/2011

p/s: saya bukan insan yg sempurna, tidak lagi dari segi agama, tidak lagi dari pelbagai sudut.. tertulisnya puisi ini.. atas apa yg terlintas di minda..keatas hak dan pemberian dari Nya.. moga mendapat kefahaman dan manfaat dari ini.. insyaAllah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...