Wednesday, August 21, 2013

From Malaysia With Love

Assalamu'alaikum~ Lama tak update blog ku.. dah berkarat, ramai dah tak visit.. kiki.. :p nak buat mcm mana semnjak dua ni sibuk memanjang, ada kalanya saya tak ada masa nak jenguk blog sendiri pun sedih.hehe.. lagi pun semenjak mr.lappy saya down ade masalah, mungkin HD atau processor ade problem saya nak update tak lalu~mana tidaknya.. tak ade window live writer kat PC suami saya ni. Haa.. buat yang tak tahu.. Saya sudah berkahwin.. alhamdulillah dalam bulan march tu la.. hehe.. tu saya update tulis romance in march tu.. >_< ahak..malu~ sekarang Alhamdulillah..saya di sahkan mengandung.. berapa bulan? hampir nak masuk 5 bulan.. tak lama lagi.

Update kali ini sy tidak akan cerita tentang details di atas.. akan tetapi cerita tentang sudara kita di Egypt. Sedih hati bila lihat ramai yang terkorban, di bunuh sesuka hati, ibarat kami seperti tidak bernyawa atau bukan orang. Akan tetapi..walaupun dalam kesedihan.. melihat sendiri wajah saudara kita yang di tembak, walaupun dalam keperitan, mereka mati dalam syahid! tersenyum! ya.. boleh google dan cari lah gambar rakyat Egypt yang sedang begempur mempertahan kan Islam, dan masih mempercayai Morsi! Allahhuakbar! sungguh saya amat bangga akan beliau sebagai pemimpin yang bededikasi menegak kan Islam agar subur dalam jiwa rakyatnya,. Alangkah indah jika beliau di ambil contoh pemimpin kita masa kini.

Sedih, buat masa ini yang termampu sy buat adalah menunjukkan sokongan pada Egypt dengan menukar profile pic..yang mana ramai kawan2 sy telah saya lihat sudah menukar jugak Alahmdulillah.. #R4BIA dan ade jugak page rabia di facebook menunjuk kan update2 dari sana berikut adalah link. :https://www.facebook.com/R4BIAWall?fref=ts boleh klik dan like, it up to you to decide nak lilke atau tidak. tp sebagai menunjuk kan sokongan itu sahaja buat masa ini yang boleh kita lakukan. Berita yan terkini saya dapat dari page The News Shoot, bahawa pelajar kita yang berada di sana di beri amaran untuk tidak mengupdate apa-apa di facebook atau media masa. Saya berharap pelajr Malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat.

Semoga Jihad saudara-saudara ku di rahmati Allah s.w.t..walaupun teruk rupa jasad tidak bernyawa ada yang tiada rupa langsung, saya cuma mampu memohon doa pada Allah..agar jihad mereka adalah syahid selamanya. Sangat-sangat sedih, saya ada lihat video di facebook dari sana, wanita berhijab,dan berpudah.. di tembak mati begitu sahaja, semoga mereka yang terkorban tidak tersiksa di penghujung nyawa.. Allahhuakbar! tidak dapat gambarkan bertapa luluh hati ini bila melihat itu semua. Mungkin ini sudah termaktub akan terjadi. Sudah tertulis, Adakah Akhirat bakal menjelma, nauzubillah.. bertaubatlah segera! takut akan kekuasaan Allah adalah lebih baik dari takutkan pada benda yang ada di bumi ini.

Saya mengharapkan ramai yang sedar dari begembira selalu, ya, kita harus besyukur dengan pemberian yang kita dapat, tapi masih ramai yang tidak tahu untuk bersyukur, leka, lupa segala.. Allah tunjukkan lah mereka jalan yang benar. Marilah sama-sama tunjukkan sokongan kita sekadar yang termampu melalui doa dan harapan untuk mereka, dan juga. #R4BIA!

This Is my support to my brother and sister!
p/s: adakalanya kita perlukan orang untuk mengingatkan kita terhadap ape yang kita lupa. mari lah sama ingat mengingati..insyaAllah..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...