Thursday, November 24, 2011

Kata hati

Assalamualaikum w.b.t~ buat teman seagama ku, salam sejahtera buat semua..Terbitnya hari ini, aku terhenti bicara soal Dunia, terfikir dan terfikir.. Ke arah mana lagi harus ku langkah, bagi menghabiskan segala ketetapan yang ada, meyeru atau mengajak teman ku, bersama berfikir dengan ku. Tidak salah berfikir, tidak salah untuk belajar dan mengatahui. Semalam lanjut sudah usia ku, hari aku di lahirkan mungkin hari aku pergi, tetapi alhamdulillah~ aku masih di sini, mencari apa lagi yang masih belum mencukupi..apa lagi yang harus aku perbetulkan..apa lagi yang harus aku fikirkan, apa lagi harus ku lakukan dan apa lagi harus untuk aku ertikan. Disini saya sertakan serankap pusi, agar ia membuahkan bicara, membuahkan fikiran, yang belum terlintas di hati selama kini.

Ku ingin bicara dengan Tuhan ♥,
segala rasa adalah hak milik NYA,
segala rindu kepunyaan NYA,
segala cinta atas kehendak NYA,
akan apa sahaja kan terjadi atas redha dan kehendak NYA,
berpusing telus memandang Illahi,
kedalam isi hati dan naluri,
pokok pangkal terjadi dengan gerak NYA,
hailah Adam dan Hawa~
jangan leka hanya hal di duniawi,
akhirati kau lupai,
kelak menyesal pun tiada lagi,
bersegeralah menghadap ampun Illahi,
kalam di sebut..kesyukuran di akhiri..
kerana Allah aku di sini,
kerana Allah aku mengerti,
arah tujui~ berikanlah daku petunjuk,
kejalan yang benar,
agar berjalan dalam cahaya,
tidak gelap hari,
tidak gelap hati,
berikan~serahkan,relakan kerahan redha NYA,
lebih makbul dan adap terpatri~
astargfirullah~halazim~
ucapkan dengan penuh kesedaran....

alaihisalam~

Zati.
2.58pm
24/11/2011

Wednesday, November 9, 2011

Tentang cinta

Cinta…
Cinta Illahi yang ku cari,
Cinta tiada kira siang malamnya,
Cinta Agung yang Maha Memberi,
Itulah cinta yang benar tiada tanding hebatnya..

Cinta itu buta,
Ya benar bagi yang gagal melihat erti cinta sebenarnya,
Berpuluh ribu sekali pun ucapan cinta di sebut semata,
Tetapi tidak sama dengan cinta pemberian dari NYA..

Sedu hati dalam sayu,
Walau sendirian setiap waktu,
Tetapi DIA sentiasa ada menemaniku,
Aku sudah cukup bersyukur pada MU..

Aku bangkit dari kejatuhan,
Aku bangun membawa diri,
Sepenuh kudrat ku bangunkan,
Agar memilih jalan yang bererti..

Siangku di sinari Rahmat Kasih Sayang NYA,
Malamku di hiasi senyum tawa hidupku,
Sedari aku kenali dan rasai nikmat yang tidak terhinggga,
hanya pada ALLAH ku serah seluruh jiwa ragaku..

Zati,
10:47pm
9/11/11

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Qurban.

Semperna sambutan Aidiladha ini.. saya ingin mengucapkan salam Aidiladha buat semua rakan-rakan blog dan pembaca. ^^ jom nikmati video ini.. moga ia membuka minda dan mata hati kita. InsyaAllah..

^^ Selamat menghayati.. dan salam Aidiladha semua.. Assalamu’alaikum…

Friday, November 4, 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

P.s: this post is not mine. Just sharing what I think is good for all to read =) salam ukwah – writer.

Wednesday, November 2, 2011

Something I fear most

1. Fail to make my parents happy..
2. Fail to mold my future..
3. Fail to put my self to the limit.
4. Fail everyone that have hope on me..
5. Fail to prove I am actually worthy! Not a trash you can kick around.
6. Fail my self. Fail my friends. Fail in my life journey! Fail..fail..fail..
oh what luck I have left in this scary world. and what not I have to put up to go through it with out any expectations of not getting hurt. Cant always be perfect, cant always make everyone please.. thats the fact is still the same.. I am not perfect either.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...