Friday, September 27, 2013

Hanyutan Laut Hati

Meronta jiwa,
bait-bait suci di kotori lagi,
mula di sayang akhir di tendang,
nasib pusar binasa hati,
payung di bawa lindungi diri,
koyak separa terobek rosak,
pergi ke mana hai berhati-hati,
hilang di dasar setelah hanyut nestapa,
permata intan tiada tandingan,
penyapu menumpang berdiri,
di pandang tidak di puji tidak,
jatuh lelah penant menanti..
bilang angka tidak sebaik satu,
di bela di lebih,
di sebalik satu..

- Aku

Meniti Hari

Bismillah..
Assalamu'alaikum.. sedar tak sedar..banyak sudah masa berlalu, saya meniti hari-hari ini dengan sabar dan sabar. Perut semakin membesar :) sukenye~ seronok rasa baby kecil angurah pemberian Allah s.w.t ini bergerak-gerak serta bermain dalam perut ni. Amanah yang bakal saya dan suami didik, semoga Allah berikan saya dan suami segala kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam mendidik seorang khalifah di muka bumi ini. Hari-hari kalau boleh nak dengar baby dalam perut ni, tapi~ telinga tak sampai ke perut.. ekeke..hanya pada scan dari doctor aje lah dapat lihat anak ku~ Hati ini bakal cair melihat badan kecil serta senyuman dan mendengar tangisan dari si kecil ni..

photo thanks to mr.Google
Besar sungguh pemberian Allah s.w.t, pelbagai persoalan yang timbul dalam diri.. ada negative.. ada positive. Tidak pasti bagaimana, mampukah diri ini menjagaanya dengan baik..Mohon Petunjuk Dari Yang Esa agar dapat membinbing saya dan suami ke arah yang betul. "insyaAllah" kata suami. Saya hanya mampu senyum mendegarnya.. adakalanya saya fikir.. hebat sungguh ibu dan ayah kita mampu membersarkan anak-anak mereka ni yang nakal-nakal sehinga  dewasa. Pengorbanan mereka cukup besar.

Terfikir sama ada kita selama ini berlaku adil terhadap ibu bapa kita sendiri.. kadang-kadang menggeleng kepala sendiri..dalam hati berkata aku masih muda dan belum matang lagi sewaktu itu.. mungkin ini adalah pengajaran diri sendiri. Akan tetapi kasih sayang ibu bapa tak pernah hilang tidak pernah susut. MasyaAllah..besar sungguh kehadiran kasih sayang Allah.. hanya satu sama ada kita sedar atau tidak. :) Allahhuakbar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...