Tuesday, February 28, 2012

Puding Roti Karamel

Assalamu'alaikum w.b.t~ dan salam sejahtera.. wahh..baru petang tadi saya brows internet menelah cari idea nak masak dinner untuk family, godek punya godek terjumpa rasepi ni di blog Kak Nor, rasepi puding roti karemel..hehe.. nak cuba lah.. :P

Bagi yang nak mencuba, cubalah.. :D banyak lagi rasepi kat blog Kak Nor, ^^ sangat menarik minat saya. di bawah ada bahan-bahan dan cara-cara membuat..

Bahan-bahan
-3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
-4 keping roti gardenia
-3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
-2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
-1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

p.s: kalau nak rasepi lain check out blog Kak Nor yah~

Sunday, February 26, 2012

Re-Decorate

Assalamu’alaikum w.b.t~ dan salam sejahtera.. Yeah.. akhirnya saya dengan rajin sekali menukar theme  blog saya. haha~ cantik bukan? almaklum blog ni dah lama berwarna hijau, sekali sekala tukar warna apa salahnya. Malas barangkali bagi saya untuk betulkan css atau dalam kata lain.. buat sendiri dari kosong. Jadi saya hanya gunakan apa yang sedia ada buat masa ini. InsyaAllah, andai saya ada idea..saya akan design. ^^ Jika tiada, cari theme online saja lah nampaknya. Haha..

Kawan-kawan saya ada yang tegur, “awat pink sangat blog ang?” ahaha.. ini bukan pink.. ini peach.. yum-yum teringat buah peach pulak~ ahaha.. okie lah, tak ada update penting pun, just pemberitahuan pasal blog update saya, takut ada yang fikir mereka ni tersalah atau tersesat blog. ekeke.. ehe~ lagi pun saya tidak lah terkenal dari segi dunia bloging, walaupun tiada motif iklan di adakan dalam blog saya ni, saya hanya angap ia sebagai deco untuk blog lol =x (motif?) haha.. entahlah saya ni. Baiklah.. tiada penjanaan ataupun makanan untuk otak hari ini di dalam blog saya, cuma notice pertukaran theme. sekian terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...