Saturday, April 28, 2012

Warkah Terakhir.

Hujan lebat melanda sekitar kawasan Taman Melawati, Klang, Petaling Jaya, boleh di katakan hampir separuh bahagian di Selangor mengalami hujan lebat, kilat sambung menyambung. Si kecil molek dari tadi termenung melihat taman permainan di hadapan rumah Salmi. Mengenangkan hari yang hujan lebat air rahmat Allah mencurah-curah membasahi kawasan tempat tingalnya, terpaksa Alia membatalkan niat dia untuk keluar bermain di taman bersama makciknya Salmi.
“Alia, mari makan” Pangil Salmi sebaik sahaja keluar dari arah pintu dapur di lihatnya si kecil itu masih termanung memandang di luar tingakp. Alia bagai leka melayan fikiranya sambil memerhati bintik-bintik hujan yang hingap di cermin tingkap, mengelang kepala seketika Salmi melihat menung leka anak buah kesayangannya itu. Salmi merapati Alia “Alia?” disentuhnya bahu si kecil itu, meruntum senyum tawar di mukanya jelas kelihatan.
“Mari makan dulu bubur Umi dah siapkan..” Pujuk Salmi, pada si kecil itu. Lantas dia bangun dan merapati meja makan dan duduk melihat hidangan yang panas masih berasap di depan matanya. Salmi tersenyum melihat karenah Alia saat itu. “Amboiii, panjangnya muncung tuuu.. kalau ye pun makan la jangan tengok je” tegur Faris suami kepada Salmi. Alia mengangkat sudu dan makan bubur ayam bersama sayur campur yang dihidangkan Salmi acuh tak acuh. Selalunya itulah makanan kegemaran Alia saat hujan. Salmi bagai memahami rintihan hati Alia. “Alia makan ya.. nanti lepas ni kita pegi Mid Vally nak? tengok wayang cerita cartoon baru tu, nak?” Soal Salmi dengan nada yang memujuk. Bersinar kembali muka Alia “Nak! yay yay~!” riang kedengaran suara Alia.

Susah untuk berkata pada Alia bahawa Ibu dan Ayahnya sudah pergi sesudah beberapa hari dia di lahirkan. Besar sungguh kekuasan Allah s.w.t Ibu Alia bergadai nyawa untuk mengelakan anak nya tercedera dalam kemalangan itu. Kemalangan itu meragut nyawa Ayah Alia di tempat kejadian, manakala Ibu Alia cerdera parah akibat tusukan besi di divider jalan raya. Kecelakan yang terjadi pun di akibatkan oleh kerosakan tayar hadapan kereta di rosakan orang yang tidak bertangungjawap. Kes mereka masih lagi dalam siasatan polis 6 tahun yang lalu. Beberapa bulan Ibu Alia berada di dalam wad ICU setelah pembedahan critical Ibu Aliah kembali ke rahmatullah.
Sepeningalan itu Ibu Aliah ada meningalkan warkah yang terakhir buat anaknya yang tungal Nuralia. Bagi pemergian yang sedih itu, Salmi satu-satunya adik kepada Ibu Alia mengambil alih tugas sebagai Ibu ganti dan sebagai amanah dari Ibu Alia yang terakhir, dan Faris sebagai Ayah untuk Alia. Salmi tersenyum melihat Alia seronok dapat keluar ke shooping mall walaupun hari itu sepatunya dia sudah berjanji untuk ke taman permainan bersama Alia. Saat ini hanya Salmi dan Faris yang Alia ada sebagi ganti Ibu dan Ayahnya yang sudah di jemput terlebih dahulu. Masa kini Alia hanya mengenali Salmi dan Faris sebagi Umi dan Abi.

“Umi.! Umi.! Alia nak kaya ball tuu.. sedap nyaa..” Pandang Alia pada Salmi yang sedang menarik-narik tepi baju kurung Salmi. Si kecil molek berumur 6 tahun itu masih lagi menarik-narik tepian kain Salmi. Senyum Salmi melihat kelatah Alia yang comel. “boleh sayang, tapi janji dengan Umi balik nnti Alia baca pula buku cerita sleeping beauty kat Umi balik boleh?” Alia termenung seketika berfikir, kemudian memandang semula kearah Salmi yang sedang menyangkung di bawah supaya Alia tidak perlu mendongak memandangnya dan bercakap. “emmm…Boleh” tersenyum ceria Alia, Salmi membawa Alia ke gerai yang berkaitan sementara Faris Sedang mencari bangku kerusi untuk duduk di tepi sambil menunggu Alia dan Salmi. Mereka bertiga duduk dan makan bersama di bangku sambil menunggu masa untuk pulang.

(bersambung..)

P.s: Nama hanya rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup  atau yang telah meningaldunia.

P.s.s: 1st time keluarkan cerita panjang bergaya novel 100% milik Zety World yang tidak ber bab untuk di baca orang lain selain kawan2 saya sebelum ni. hehehe.. harap sambungannya dalam masa yang terdekat. Sekembali menunggu Idea untuk berbunga dalam minda ku. Assalamu’alaikum.. –zety

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...